Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Anak ‘Request’ Pau Pink Inti Coklat, Ibu Ini Kongsi Caranya. Tak Terlalu Manis & Sedap!

Anak ‘Request’ Pau Pink Inti Coklat, Ibu Ini Kongsi Caranya. Tak Terlalu Manis & Sedap!

Kategori:
pau pink

Seorang ibu yang dikenali sebagai, Cik Siti Abu Sujak berkongsikan resepi pau pink inti coklat. Menurut beliau, anak lelaki tunggalnya seorang autistik dan tidak banyak makanan menjadi kesukaannya. Tetapi, pau buatan ibu ini sangat menjadi kegemaran anaknya, sekali buat hanya untuk dia seorang. Ikuti perkongsiannya di bawah.

Anak ‘Request’ Pau Pink Inti Coklat, Ibu Ini Kongsi Caranya. Tak Terlalu Manis & Sedap!

Bahan inti coklat:

  • 250 ml susu/krimer sejat
  • 150 ml air suam
  • 60 g serbuk koko
  • 40 g tepung jagung
  • 160 g gula halus – tambah kuantiti jika suka manis
  • 60 g mentega
  • 1 sk esen vanilla
*Boleh tambah sedikit coklat compound/coins jika suka

Cara-cara:

  1. Campurkan susu, air suam, serbuk koko dan tepung jagung di dalam satu bekas. Kacau hingga sebati.
  2. Tapis campuran bahan di atas dan tuang ke dalam periuk berisi gula.
  3. Kacau dan masak dengan api perlahan sehingga pekat.
  4. Masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau sebati dan matikan api.
  5. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
  6. Simpan dalam peti sejuk jika nak tahan lama.

Pau ini bukan sahaja comel dan nampak gebu tapi sungguh menyelerakan. Inti coklatnya siapa sahaja yang tak suka, kan? Mesti berebut-rebut dengan anak-anak nanti.

Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: Cik Siti Abu Sujak

Baca Juga: Menu Yang Ringkas Untuk Makan Malam, Jom Cuba Resepi Kuey Teow Ladna. Simple & Sedap, Sesuai Untuk Orang Bujang

tags: