Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Masak Bihun Bakso Simple. Tak Guna Banyak Bahan, Yang Penting Sedap!

Jom Cuba Masak Bihun Bakso Simple. Tak Guna Banyak Bahan, Yang Penting Sedap!

Kategori:
RESEPI BIHUN BAKSO

Hujan-hujan macam ni memang syok kalau dapat makan makanan yang bersup panas-panas. Maklumlah, cuaca akan jadi sejuk bila selalu hujan. Sekurangnya, makan makan yang bersup boleh panaskan badan. Apa kata, jom cuba masak bihun bakso mudah tanpa perlu menggunakan banyak bahan. Yang penting rasanya sedap, lihat resepi di bawah.

Jom Cuba Masak Bihun Bakso Simple. Tak Guna Banyak Bahan, Yang Penting Sedap!

Bahan-bahan kuah:

  • Bawang besar sebiji *
  • Bawang putih 6 ulas *
  • Buah keras 3 biji (sebelum blend tumbuk dulu) *
  • Halia 2 inch *
  • Lada hitam 1sk *
  • Air 2 liter
  • Gula
  • Garam
  • Meatball (beli yang dah siap)

Cara-cara buat kuah:

  1. Kisar bahan bertanda * sehingga halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga meletup2.
  3. Masukkan air.
  4. Masukkan gula dan garam.
  5. Masukkan meatball.
  6. Masak sehingga mendidih.

Bahan sambal kicap:

  • Cili padi 10 tangkai
  • Bawang putih 5 ulas
  • Kicap

Cara-cara buat sambal kicap:

  1. Kisar semua bahan dan masak sehingga pekat.
  2. Siap untuk dimakan!

Hidangan ini tampak mudah dan enak untuk dinikmati bersama, lebih-lebih lagi ketika musim hujan. Seleranya lain macam!

Selamat mencuba resepi mudah ini.

Kredit: Nur Haziqah

Baca juga: Anak-Anak Puji ‘Sup Telur’ Mama Paling Sedap Kat Dunia, Wanita Ini Kongsi Rahsianya

tags: