Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuah Yong Tau Foo Yang Pekat Likat Dan Sedap, Repeat Buat Berkali-Kali!

Resepi Kuah Yong Tau Foo Yang Pekat Likat Dan Sedap, Repeat Buat Berkali-Kali!

Kategori:
Resepi mudah yong tau foo

Yong Tau Foo nerupakan makanan atau hidangan yang berasal daripada China. Persis seperti namanya lah. Kesedapan Yong Tau Foo ini adalah bergantung kepada kuahnya. Kalau sedap kuahnya maka sedaplah isinya. Nak tahu tak macam mana nak hasilkan kuah Yong Tau Foo yang sedap? Jom kita ikuti perkongsian resepi yang dikongsi oleh Nor Khomariah Norrohman di laman facebook MAHN.

Resepi Kuah Yong Tau Foo Yang Pekat Likat Dan Sedap, Repeat Buat Berkali-Kali!

RESEPI KUAH HITAM

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar Taucho Jalen
  • 3 sudu besar kicap pekat Jalen
  • 3 sudu besar sos tiram Jalen
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar gula
  • 3 cwn air
  • 1/2 keping nisang / gula melaka ( hiris halus)

Cara Penyediaan:

  1. Masukan semua dlm blender.. blender bagi taucho halus Dan lumat,
  2. Dah siap blender masak atas dapur sehingga kuah pekat, sentiasa kacau ye supaya kuah tidak berketul, api jangan kuat sangat.
  3. Bila kuah dah pekat tutup api ye. .

RESEPI KUAH MERAH

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan kacang tanah yg di sangai sehingga masak. *
  • 1 sudu besar tepung gandum*
  • 1 sudu besar tepung jagung*
  • 5  sudu besar gula*
  • 3 cawan air*
  • 1 sudu kecil garam*
  • 2 sudu besar cili kering blender
  • 2 sudu besar sos cili Jalen
  • 2 ulas bawang putih ( bwg diketuk)
  • Sedikit minyak masak utk menumis

Cara Penyediaan:

  1. Blender semua bahan yang bertanda * sehingga kacang tanah betul-betul lumat. .
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis 2 ulas bawang putih yang diketuk.
  3. Masukkan cili kering dan sos cili jalen. Tumis sehingga naik bau dan cili masak ye. .
  4. Selepas itu masukkan bahan2 Yang di blender tadi, masak sehingga kuah sedikit pekat…dah cukup rasa boleh lah tutup api gas. .

CARA PENYEDIAAN YONG TAU FOO

  1. Celur sosej, bebola dan apa-apa sahaja ye sehingga masak, dah masak boleh potong.
  2. Bahan2 sampingan, kangkung celur sampai layu, bijan sangai sehingga keperangan, boleh juga letak kacang tanah yang dihancurkan. .
  3. Letak kuah hitam dan kuah merah diatas bebola dan sosej,  tabur bijan dan kacang tanah hancur,  sedia untuk dimakan. .

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Nor Khomariah Norrohman Via MAHN

tags: