Nak cuba buat kek sendiri, tapi kat rumah tiada oven? Jangan risau, ikut sahaja resepi Ovalmaltine Cheesecake Bars ini. Tidak perlu bakar guna oven, hanya perlu sejukkan dalam peti. Nak tahu caranya? Ikuti resepi lengkap di bawah.
Resepi Ovalmaltine Cheesecake Bars ‘Kurang Manis’. Tak Perlu Bakar, Sejukkan Dalam Peti Je!
Bahan-bahan lapisan pertama:
Cara-cara:
-
Hancurkan 140 gram digestive biskut. Kalau tiada digestive, boleh guna biskut merry.
-
Cairkan 50 gram butter.
-
Gaulkan biskut yang dihancurkan dan butter yang dicairkan sampai sebati. Dah sebati mampatkan dalam loyang 6 inci.
Bahan-bahan lapisan kedua:
-
250 gram cream cheese
-
1 sudu kecil perisa vanila ( optional)
-
150 gram dairy whipping cream
-
2 sudu makan gula icing
-
1 sudu kecil serbuk koko
-
180gram ovalmaltine spread
Cara-cara:
-
Pukul 250 gram cream cheese pada suhu bilik. Pukul dalam 2 minit. Kemudian masukkan 1 sudu kecil perisa vanila + 180 gram ovalmaltine spread + 1 sudu kecil serbuk koko. Putar sehingga sebati.
-
Pada bekas yang lain, putar 150 dairy whipping cream dan masukkan 2 sudu makan gula icing. Pukul sehingga kental.
-
Gaulkan pakai kaedah kaup balik adunan cheese tadi dan whipping cream yang sudah dipukul kental Sebatikan. Dah sebati letak dalam chiller semalaman.
Bahan-bahan lapisan ketiga:
- 200 gram ovalmaltine spread
Cara-cara:
-
Cairkan pakai double boil / microwave 200 gram ovalmaltine spread.
-
Letak atas lapisan kedua yang dah diset semalaman. Ratakan dan set dalam 1 jam dalam chiller, kemudian boleh potong untuk dimakan.
- Selamat mencuba!
Kredit: Muhammad Ali