Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Nue Nam Tok (Kerabu Daging Pedas). Lengkap Dengan Rasa Pedas, Masam & Manis!

Resepi Nue Nam Tok (Kerabu Daging Pedas). Lengkap Dengan Rasa Pedas, Masam & Manis!

Kategori:
Kerabu Daging Pedas

Buntu tak tahu nak masak guna lauk daging? Apa kata jom buat Nue Nam Tok atau dalam bahasa melayunya iaitu Kerabu Daging Pedas. Menu yang berasal dari Thailand, sesuai untuk anda yang sukakan rasa pedas, masam dan manis. Cara membuatnya juga tidak susah mana, jom cuba!

Resepi Nue Nam Tok (Kerabu Daging Pedas). Lengkap Dengan Rasa Pedas, Masam & Manis!

Bahan untuk perap daging:

  • Daging fresh untuk 3 orang makan.
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 batang serai (potong serong)
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar kicap manis

Cara-cara:

  1. Potong daging supaya senang nak panggang dan cepat masak.
  2. Campurkan bahan perap dengan daging. Gaulkan sebati dan biarkan dalam 1 jam. Kalau lagi lama perap lagi sedap.
  3. Lepas tu, panggang daging tadi sampai masak. Jangan lama sangat panggang. Hilang kesedapan dan jus nye nanti.
  4. Daging dah masak, angkat dan rehatkan sekejap baru potong.

Bahan-bahan lain:

  • Daun ketumbar
  • Daun pudina
  • Kobis di hiris nipis
  • 1 batang serai di racik
  • 2 ulas bawang merah(potong biasa)
  • 3 biji limau nipis(perah amik jus)
  • 2 sudu besar chili flakes
  • Sos ikan
  • Gula
  • Garam
  • 1 sudu besar beras yang dah digoreng dan ditumbuk

Cara-cara:

  1. Semua bahan di atas dicampur sekali dengan daging yang dah dipanggang dan dipotong.
  2. Pastikan semua rasa dia cukup. Sedap, pedas, masam, manis dan fresh.
  3. Selamat mencuba!

Kredit: Nora Azni

tags: