Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Blueberry Cheesecake Sedap & Tak Muak! Ramai Dah Cuba, Mudah Sangat Nak ‘Follow!

Resepi Blueberry Cheesecake Sedap & Tak Muak! Ramai Dah Cuba, Mudah Sangat Nak ‘Follow!

Kategori:
Resepi Blueberry Cheesecake

Dah lama nak cuba buat kek sendiri? Apa kata jom follow resepi blueberry cheesecake hasil perkongsian oleh  Ariana Sofia Ahmad ini. Ramai dah cuba, memang menjadi! Yang penting, tak perlu bakar. Sesuai untuk mereka yang tiada oven, hanya perlu sejukkan di dalam peti ais. Resepi ini juga sangat mudah untuk diikuti sebab ianya diajarkan langkah demi langkah. Selamat mencuba!

Resepi Blueberry Cheesecake Sedap & Tak Muak! Ramai Dah Cuba, Mudah Sangat Nak ‘Follow!

Bahan lapisan bawah:

  • Biskut Marie – 150g
  • Butter – 80g

Bahan lapisan cheese:

  • Cream cheese – 500g
  • Gula halus – 120g
  • Air Lemon – 1 ½ sudu besar
  • Yogurt asli – 2 sudu besar
  • Whipping cream – 350g
  • Gelatin – 2 sudu besar
  • Air panas – 40ml

Bahan topping:

  • Blueberry – 200g
  • Air Lemon – 2 sudu besar
  • Gula halus – 40g

Cara-cara:

  1. Untuk buat lapisan bawah, mula-mula kena cairkan butter dulu. Bila butter dah cair, sejukkan.
  2. Sementara tunggu butter sejuk, kisar hancur biskut marie. Kisar sampai hancur. Kalau takda pengisar boleh tumbuk-tumbuk bagi hancur.
  3. Dalam mangkuk masukkan biskut marie tadi dan butter yang dah sejuk. Gaul bagi sebati.
  4. Lepas tu letak dalam springform size 8″ yang dilapik baking paper. Taknak letak baking paper pun takpe. Tekan-tekan padat dan ratakan kesemua bahagian. Dah siap masukkan dalam freezer selama 30 minit supaya keras.
  5. Lepas tu ambil air panas dan letak dalam cawan. Masukkan gelatin dan kacau laju supaya sebati. Bila dah sebati macam ni ketepikan dulu. Kena letak gelatin dalam cheesecake supaya cheesecake jadi pejal@ lembut macam jeli dan tak cair.
  6. Ambil whipping cream pula dan pukul hingga kental. Whisk hand sahaja. Nak guna mixer pun boleh tapi jangan mix terlampau lama. Kalau pukul @ mix terlampau lama, whipping cream akan berketul dan keluar air. Boleh tengok video.
  7. Dalam bekas lain mix cream cheese sekejap.
  8. Lepas tu masukkan gula dan mix lagi sehingga sebati. Tak perlu mix lama.
  9. Bila dah sebati masukkan gelatin tadi. Kalau gelatin dah keras boleh panaskan dengan microwave atau double boil. Masukkan juga air lemon dan yogurt. Mix lagi bagi sebati.
  10. Lepas tu masukkan whipping cream tadi. Kaup balik je guna spatula. Tak perlu mix.
  11. Dah siap keluarkan springform yang letak biskut tadi dan tuang kesemua adunan.
  12. Ratakan permukaan atas bagi licin. Goyang-goyang sikit supaya adunan sekata dan atas lagi licin. Sejukkan dalam peti ais biasa semalaman atau 8-9 jam.
  13. Bila cheesecake dah disimpan semalaman, bolehlah masak blueberry ni bersama dengan air lemon dan gula. Masak atas dapur guna api perlahan sahaja.
  14. Air blueberry ni akan keluar sendiri. Masak sehingga pekat dan lenyek-lenyek sedikit. Ariana masak tak terlampau hancur dan masih rasa tekstur buahnya.
  15. Ni rupa cheesecake lepas semalaman. Nak keluarkan hanya buka tepi dan tarik springform ke atas. Jangan letak cheesecake dalam freezer, nanti cheesecake keluar air dan rasa tak sedap.
  16. Blueberry bila dah sejuk lagi pekat. Kacau-kacau sedikit bagi sekata sebelum letak atas cheesecake. Letak di tengah-tengah cheesecake. Nak hias macam mana pun boleh.
  17. Cheesecake ni jangan biar kat luar terlampau lama sebab nanti cair. Boleh simpan semula dalam peti ais kalau cair. Cheesecake ni memang sedap makan sejuk-sejuk.

Kredit: Ariana Sofia Ahmad

tags: