Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Lebih 4K ‘Shares’, Ini Resepi Udang Belon Ala Thai Guna 4 Bahan Sahaja

Lebih 4K ‘Shares’, Ini Resepi Udang Belon Ala Thai Guna 4 Bahan Sahaja

Kategori:
Udang Belon Ala Thai

Dah tiada idea nak masak menu apa dengan menggunakan udang? Apa kata jom cuba buat udang goreng tepung atau udang belon ala Thai ini. Lagi sedap kalau makan dengan sos pencicah. Rangup tepungnya dan lembut isi udangnya bila dikunyah. Fuhh, padu!

Lebih 4K ‘Shares’, Ini Resepi Udang Belon Ala Thai Guna 4 Bahan Sahaja

Bahan-bahan:

  • Udang
  • Tepung blue key self raising flour (kotak warna pink)
  • Telur
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan je.
  2. Campur semua bahan-bahan yang lain. (tepung, telur, garam)
  3. Masukkan air secukupnya. Taknak cair sangat, taknak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.
  4. Celup udang dalam adunan tepung.
  5. Kemudian goreng dalam minyak yang panas.
  6. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.

Kredit: Fatyma Idris

Baca juga: Resepi Udang Masak Berlada ‘Pikat’ Hati Suami, Siap Bertambah Nasi 2 Pinggan!

tags: