Kalau kurang sihat kebiasaannya selera kita berkurangan. Mesti tekak terasa nak makan bubur kan? Tapi kadangkala bosan juga asyik makan bubur je, jadi apa kata cuba buat sup tradisi orang cina ni pulak. Hot & Sour sup ini sangat sedap dan boleh menaikan selera tau. Dalam masa yang sama ianya juga menyihatkan.
Bosan Asyik Makan Bubur? Jom Masak ‘Hot & Sour Soup’, Sup Tradisi Orang Cina Yang Famous Dan Menyihatkan!
BAHAN-BAHAN:
- 100g Isi ketam
- 4 ulas bawang putih
- 2 biji telur
- ¼ batang lobak merah
- 6 biji cendawan shitake
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 susu besar tepung jagung
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 1 batang daun bawang
- 1 keping tauhu
- ½ sudu besar serbuk lada sulah
- 1-2 sudu cuka
CARA PENYEDIAAN:
- Sediakan bahan-bahan. Potong memanjang halus-halus (julien). Kalau dah sedia semua macam ni. Mudah nanti tinggal masukkan sahaja.
- Tumis bawang putih sehingga harum.
- Kemudian masukkan cendawan dan goreng kilas sehingga layu. Saya guna cendawan shitake segar. Kalau guna cendawan shitake kering pun boleh, tetapi kena rendam sehingga kembang dahulu.
- Masukkan lobak merah yang telah dipotong halus. Goreng kilas juga.
- Tambah air 3 cawan. Reneh sampai gelegak.
- Sambil tunggu gelegak, campur tepung jagung dengan sos tiram dan sedikit air. Gaul sampai tak ada ketulan.
- Bila sup dah gelegak. Masukkan campuran tadi tu. Kacau kacau kacau, sampai dia pekat.
- Pecahkan telur dan pukul sedikit. Tuang dalam sup yang sedang gelegak.
- Tarik panjang macam ni, dan sambil tu kacau sup. Dia akan jadi serat-serat.
- Macam ni! Kalau jadi macam ni baru puas makan.
- Warna sup ni patutnya gelap lagi sedikit, jadi untuk cantikkan dia, saya letak kicap pekat sikit. Masa ni juga boleh letak garam atau kiub ayam jika perlu.
- Sekarang masukkan tauhu yang dah dipotong panjang-panjang macam ni.
- Diikuti dengan isi ketam yang dah dicarik atau dipotong. Ini saya pakai isi dari kaki ketam Snow / Alaska King. Kalau tak jumpa, guna jejari ketam (crab stick) pun boleh. Letak daun bawang sekali.
- Letak serbuk lada sulah. Nak lebih pedas, lebihkan lada sulah. Nak kurang pedas, kurangkan. Nak pedas gila? Letak cili padi. Tak ada hal. Kita yang nak makan, ikutlah selera kita.
- Dah na Hot & Sour Soup, kenalah masam. Jadi kena letak cuka. Resepi original gunakan cuka hitam cina. Saya tak tahu mana nak cari. Jadi pakai je lah apa ada.
- Akhiг sekali, letak beberapa titik minyak bijan. Jika tak suka bau minyak ni, tak payah letak.
- OK boleh hidang dalam mangkuk. Tabur hirisan daun bawang dan daun ketumbar jika ada.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan