Jika sebelum ini Hafiz Mahamad diberi bantuan susu dan pampers anak. Kini beliau pula menghulurkan bantuan buat penduduk Kuala Lipis. Hafiz sekeluarga terpaksa berhenti di pekan Kuala Lipis setelah tidak dapat meneruskan perjalanan akibat banjir yang masih lagi belum surut.
Kerana pernah dibantu penduduk sekitar untuk mendapatkan barangan keperluan anak sewaktu beliau sekeluarga terkandas, semalam Hafiz Mahamad mengambil keputusan untuk memberi bantuan kepada penduduk Kuala Lipis pula.
Walaupun team beliau tidak ada, beliau meminta tolong anak-anak muda setempat untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkandas dan penduduk setempat yang menjadi mangsa banjir.
Beliau dilihat melalui Instagramnya mengunjungi kawasan yang terjejas serta pusat penempatan sementara sambil menghulurkan bantuan makanan. Hafiz Mahamad juga bermurah hati menempah beberapa buah homestay untuk sesiapa sahaja yang terkandas banjir.
Semalam awak tolong susu & pampers anak saya
Semalam saya sangkut banjir, mereka tolong saya. Mereka carikan saya homestay, susu & pampers anak
Harini, saya tak boleh keluar lagi dari Kuala Lipis sebab banjir. Saya ada niat nak balas balik & nk bantu orang orang dkt sini tapi saya tak ada team. Saya dengan wife je
Pagi tadi saya tengah breakfast, ada budak budak muda naik hilux lambai dekat saya sbb mereka kenal
Saya terus panggil diorang “tolong abang bantu orang harini” diorang terus kata “on bang”!
Saya pergi cari barang2 makanan. Bila saya pergi dkt tempat banjir, Ya Allah kesian sangat
Ada yg anak anak terperangkap dalam rumah, ada yg pakcik hampir pengsan sbb ada dialysis & tak boleh nk bergerak ke hospital
Kesian tengok akak & abang abang dkt sini. Saya masuk sekolah & kawasan perumahan. Diorang lapar & happy sangat bila dpt bantuan
Ada yg kenal saya, syukur sangat mereka doakan saya.
Saya ada booking homestay juga untuk orang yg terkandas dkt sini. InsyaAllah semoga membantu
Awak bantu saya semalam, saya hargai sangat. Harini, saya bantu awak pulak. Sama sama kita membantu, “sebab kita semua bersahabat”
Saya suka tengok reaksi muka mereka happy. Itu yg saya nak sebenarnya, “Kejayaan Demi Kebahagiaan”
Rata-rata netizen terharu melihat perkongsian tersebut dan ramai yang menitipkan doa semoga beliau sekeluarga dimurahkan rezeki.
Sumber: Hafiz Mahamad