Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mi Kari Ipoh, Rasa Tak Sama Macam Di Kedai. Lebih Ringan, Sedap & Tak Muak

Resepi Mi Kari Ipoh, Rasa Tak Sama Macam Di Kedai. Lebih Ringan, Sedap & Tak Muak

Kategori:
Mi Kari Ipoh

Orang Perak pasti tahu beza rasa dan cara masak Mi Kari Ipoh berbanding dengan Mi Kari yang biasa dijual di kedai. Perbezaan yang paling ketara adalah dari segi rasa kuahnya. Kuah Mi Kari Ipoh lebih manis dan ringan, rasanya juga sedap dan tak muak. Jika ada yang mahu mencuba, jom lihat resepi lengkap di bawah.

Mi Kari Ipoh, Rasa Tak Sama Macam Di Kedai. Lebih Ringan, Sedap & Tak Muak

Bahan-bahan:

  • 200gm ikan bilis tamban kering (rebus dengan 3 liter air, toskan. Simpan air rebusan. Kisar halus ikan.)
  • 8 sudu makan rempah kari daging
  • 3 biji bawang besar*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 5-6 sudu makan cili kering kisar
  • 3 batang serai dititik
  • 2 batang akar daun sup diketuk
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 ketul kiub ikan bilis(optional)
  • 500gm santan
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 500gm tauhu pong dipotong 4
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Kisar bahan bertanda (*).
  2. Tumis bahan kisar, kayu manis, bunga lawang, pelaga, serai dan daun kari hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga sedikit garing.
  4. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.Tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ikan tamban kisar. Kacau rata.
  6. Kemudian masukkan air rebusan, akar daun sup dan kiub ikan bilis. Rebus seketika hingga sedikit didih.
  7. Masukkan santan dan tauhu pong. Kacau rata dan sebati.
  8. Perasakan dengan garam gula secukup rasa.Biarkan mendidih.
  9. Sedia dihidangkan dengan mi kuning, kuetiau @ bihun bersama bebola ikan, kek ikan, taugeh, daun sup dan daun bawang.

Kredit: Nor Azaliza Tarmizi

tags: