Kek sarang semut atau dikenali juga sebagai kek gula hangus merupakan kek yang berasaskan gula yang dimasak sehingga perang atau hangus. Kalau korang tiba-tiba terasa nak buat kek ini sendiri boleh lah cuba guna resepi kat bawah ini. Resepi dia mudah sahaja, lagi pun kalau tiba-tiba oven rosak boleh bakar dalam periuk je. Atas dapur gas. Senang kan?
Cara Buat Kek Sarang Semut Yang Mudah
BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
- 3 Biji telur
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 sdt serbuk vanilla
Bahan B:
- 1 cawan tepung gandum jangan penuh sangat
- 2 sdm tepung ubi
- 1 sudu soda bikarbonat
Bahan C:
Bahan D:
- 3 sudu planta/marjerin
- 2 sudu minyak masak
CARA PENYEDIAAN:
- Kacau rata bahan A sampai berbuih, kacau guna sudu sahaja.
- Kemudian masukkan bahan B dan kacau bagi sebati.
- Manakala untuk Bahan C tadi, masak gula halus sehingga perang. Apabila dah perang masukkan air. Apabila dah sebati tutup api dan biarkan suam.
- Bila dah suam boleh tuang dalam adunan tadi.
- Untuk bahan D, cairkan terlebih dahulu planta tadi dan satukan kesemua adunan.
- Kacau sehingga rata dan sebati. Kalau nak lebih okay, tapiskan dahulu.
- Kemudian bakar sehingga masak.
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Hanizah Ahmad Sabar Via MAHN
Baca juga: Susahnya Nak Buat Kek Sarang Semut Yang Betul-Betul Menjadi Kan? Ini Dia Resepi Kek Sarang Semut, Confirm Jadi!