Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Menu Bajet Tapi Rasanya Kalah Hotel Lima Bintang! Ini Dia Resepi Telur Sambal Cili Kering Yang Sedap Dan Mengenyangkan

Menu Bajet Tapi Rasanya Kalah Hotel Lima Bintang! Ini Dia Resepi Telur Sambal Cili Kering Yang Sedap Dan Mengenyangkan

Kategori:
resepi telur sambal kicap

Resepi telur sambal cili kering. Kelihatan sangat simple kan? Tapi rasa dia luar biasa sangat, memang kalah restoran atau hotel lima bintang. Bahan yang diperlukan pun tak mahal dan mudah didapati.

Sesuai sangat waktu hujung bulan atau musim banjir kalau tekak terasa nak makan sedap boleh lah masak telur sambal cili kering ini. Memang tak menyesal kalau cuba, mahu repeat berkali-kali ni.

Cara Buat Telur Sambal Cili Kering, Sedap Sungguh Rasanya. Sungguh Menyelerakan!

BAHAN-BAHAN:

  • Telur
  • Cili kering
  • Ikan bilis
  • Sos tiram
  • Bawang putih
  • Gula & Garam
  • Tabur bawang goreng dan daun bawang..
  • Dan sedikit asam limau

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gorengkan cili kering sedikit garing.
  2. Toskan cili kering.
  3. Goreng ikan bilis dan bawang putih.
  4. Angkat dan tumbuk hampir halus bahan tersebut.
  5. Kemudian panaskan minyak. Guna minyak masak tadi je. Masukkan sos tiram.
  6. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan kacau sehingga garing dan masukkan gula dan garam.
  7. Kemudian pecahkan telur.
  8. Kacau bahagian putih telur sahaja. Telur kuning itu biarkan begitu.
  9. Kemudian angkat putih telur dahulu dan biarkan telur kuning itu masak sedikit. 
  10. Siap untuk dihidangkan.

 

Mudah sahaja kan nak buat Sambal Telur Cili Kering ini? Makan dengan nasi putih panas-panas memang padu habis. Tak ada lauk lain pun tak mengapa, makan je lauk ini. Memang sungguh terbaik rasanya!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Wan LuQman

Baca juga: Ini Dia Cara Betul Dan Menjadi Buat Telur Mata Goyang, Tak Kan Gagal Punya Kalu Betul-Betul Ikut Cara Ini!

tags: | |