Sedapnya kalau dapat makan semangkuk laksam yang sedap dan lembut. Ditambah pula dengan rasa kuah yang lemak penuh dengan rasa ikan. Tapi ramai yang takut nak cuba buat sendiri sebab risau tak menjadi kan? Jangan risau, ikut sahaja resepi perkongsian oleh Rosni Musa yang merupakan seorang peniaga laksam yang sudah menjual beribu bungkus laksam. Siap kongsi resepi langkah demi langkah. Memang dijamin sedap dan menjadi!
Beribu Bungkus Terjual, Peniaga Ini Kongsi Resepi Laksam ‘Step By Step’ Hasil Jualannya
Bahan-bahan untuk laksam:
- 3 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 6 cawan air
Cara-cara:
- Satukan semua tepung di dalam 1 bekas. Gaul sebati. Kemudian tuang 3 cawan dahulu air paip. Kacau² supaya tak berketul. Ingat yer sukatan cawan tu menggunakan cawan yang sama. Kalau guna mug, sukat semuanya guna mug.
- Kemudian tambahkan lagi 3 cawan & adun sekata.
- Adunan jadi seperti di dalam gambar. Tak berketul². Kalau berketul² sila tapis terlebih dahulu.
- Panaskan pengukus. Sementara nak menunggu air mendidih sapukan loyang laksam dengan sedikit minyak. Terpulanglah nak pakai tudung periuk, pizza pan @ loyang biasa.
- Bila air di dalam pengukus dah mendidih, masukkan pizza pan ke dalam pengukus lalu tuangkan 2 senduk adunan tepung tadi. Sebelum tu kacau² adunan tepung biar sekata.
- Tutup pengukus dan kukus lar selama 3-4 minit.
- Nak tau laksam dah masak atau tidak bila kita bukak tudung pengukus laksam dah naik mengelembung macam di dalam gambar. Masa ni hati² dengan wap panas.
- Keluarkan laksam yang telah masak. Sejukkan sebentar. Dan ulang semula step mengukus sehingga habis adunan tepung.
- Laksam dah suam² kuku boleh lar mula menggulung. Gulung dengan cermat. Hakak Ros guna pisau pemotong kek untuk menggulung laksam.
- Laksam dah siap. Seterusnya kita buat pula kuah laksam.
Bahan-bahan untuk kuah laksam:
- 1kg Ikan sardin (direbus & diperisikan)
- 500gm bawang besar
- 3-4 ulas bawang putih
- 1 inci halia dihiris
- 1 sudu teh halba
- 2 sudu teh lada hitam
- Sedikit belacan
- 500ml santan segar
- 100ml santan kotak M&S
- Asam keping
Cara-cara:
- Blend bawang besar, bawang putih & belacan. Masukkan halia, halba, lada hitam & asam keping. Renihkan selama 15 minit.
- Ikan yang telah diperisikan diblend hingga halus. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang berisi bawang. renihkan lagi hingga mendidih.
- Kepala & tulang² ikan diblend dan tapis airnya masukkan sekali ke dalam periuk. Didihkan lagi sehingga menggelegak.
- Kemudian masukkan santan segar. Kacau².
- Perasakan dengan garam dan maggie secukup rasa. Kalau nak guna Ajinomoto pon boleh. Sedikit gula. Gula jangan banyak. Buat syarat jer.
- Last sekali tuangkan santan kotak. Didihkan sehingga kuah laksam betul² menggelegak. Masa ni sesekali kacau kuahnya agar kuah laksam tak berketul².
- Untuk sambalnya. Blend cili api bersama 2 ulas bawang putih. Tuang cili yang telah diblend ke dalam periuk. Didihkan cili tadi & masukkan 1 sudu besar cuka.
- Masak cili hingga agak² pekat.
- Sayur-sayuran pula boleh gunakan kobis, daun kesum, kacang panjang, bunga kantan yang dihiris halus².
Atau apa² jenis sayur kesukaan.
- Potong laksam & masukkan ke dalam pinggan. Tuangkan kuah dan tabur sayur²an serta sedikit sambal. Nak isi belacan yang dibakar pon boleh. Selamat mencuba!
Kredit: Rosni Musa