Dah kekurangan idea nak masak apa untuk bekal anak ke sekolah? Jom buat pizza mini dan roti sosej yang mudah ini. Anak-anak pun dijamin suka! Buat lebih untuk makan di rumah pula. Jimat bila buat sendiri, memang puas hati makan! Jom lihat resipinya di bawah. Selamat mencuba!
Resipi Doh Untuk Pizza Mini & Roti Sosej, Sesuai Buat Untuk Bekal Anak Ke Sekolah
Bahan-bahan:
Bahan topping:
-
Sosej – rebus sekejap
-
Mixed vege – campurkn dgn sedikit mayonis, lada sulah dan gaul rata
-
Crabtick
-
Mayonis
-
Sos cili
-
Egg wash ( kuning telur+sedikit susu segar/air)
-
Bawang holand, capsicum untuk pizza
-
Cheese mozarella secukupnya
Cara-cara:
-
Satukn yis, gula, susu pekat manis dan air suam dalam satu bekas. Biarkan seketika hingga ia mengembang.
-
Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung, garam dan mentega.
-
Masukkan yis tadu dan uli hingga sebati. Perapkan adunan selama 1 jam.
-
Bila dah kembang, tumbuk-tumbukkan doh tadi supaya angin keluar dan bentukkn roti ikut kita suka.
-
Biarkan seketika hingga roti kembang semula.
-
Sapukan egg wash dan letakkan mix vege atas roti.
-
Letakkan mayonis dan sos cili.
-
Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 25-30 minit atau sehingga roti masak.
-
Selamat mencuba!
Kredit: Hidayati Hana