Kebiasaanya Roti Jepun ini mempunyai tekstur yang sangat lembut di dalam dan garing di luar. Rasanya memang sangat sedap. Kalah Roti Gardenia, Roti Sweet Bun atau Roti Homemade yang lainnya. Rasa dia seakan-akan roti Jepun mahal yang pernah dijual di Mid Valley suatu ketika dahulu.
Jadi tak payah buang masa lebih lama, hanya sediakan bahan yang diperlukan dan teruskan membuat roti yang sedap dan mudah ini sekarang!
Cara Buat Roti Jepun Yang Lembut & Gebu!
BAHAN-BAHAN:
Bahan Untuk Water Roux/Starter :
- 1/4 cawan tepung roti
- 1/4 cawan fresh milk
- 1/4 cawan air
Nota : Cara masak bahan water roux dengan api perlahan 4/5 minit hingga kental dan menjadi seperti kentang lenyek, tutup water roux dengan plastik masukkan dalam peti ais sebentar.
Bahan Doh A:
- 3/4 tepung high protein/ tepung roti jepun
- 1 biji telur saiz A suhu bilik
- 2 sudu kecil gula
- 1/2 cawan air suam-suam kuku ( buang 1 tbsp air)
- 1/2 tsp active dry yis
Nota : Campur semua bahan dan ditutup rapat, dibiar di luar sehingga 3 kali ganda naik dalam 10-20 minit, kalau tak naik bermakna yeast rosak.
Bahan Doh B
- 1 3/4 cawan tepung high protein/ tepung roti jepun
- 2/3 cawan gula ( taknak roti manis, kurangkan)
- 2 tsp active dry yeast
- 1 tbsp sweetened condensed milk
- 1 biji telur saiz A pada suhu bilik
- 1/4 cawan butter GOLDEN CHURN / ANCHOR
CARA PENYEDIAAN:
- Saya guna bread maker.
- Tekan menu 8 untuk 14 minit dan mula.
- Masukkan telur dan condensed milk, yeast, gula dan tepung.
- Masukkan water roux dan juga bahan doh A.
- Masukkan bahan doh A.
- Masukkan pula butter.
- Bila circle bread maker telah tamat, ulang proses bread maker untuk menu 8 sebanyak 2 kali lagi.
- Keluarkan mangkuk bread maker dan ditutup selama 1 jam iaitu sehingga doh 2 kali ganda.
- Pada tempat menguli tabur sedikit tepung lalu doh dkeluarkan dan dibahagi pada 4 bahagian yang sama. Lenyek doh dengan kayu penggelek jadikan 8″x 5″ kemudian lipat bahagian yang panjang dalam 1″ dan digulung serta buat yang sama pada doh yang lain dan biar siap.
- Doh tadi dimasukkan dalam bread pan/loaf 9″x4″ yang di sapu planta semua bahagian dalamannya dan juga penutupnya. Tutup dan biar 45 minit.
- Panaskan oven pada suhu 155’C dalam 3 minit baru masukkan bread pan / loaf pan dan bakar dengan hanya api bawah 45 minit dan 5 minit tambahan tukar kepada api atas.
- Siap.
Bagi anda yang ada bread maker di rumah, mungkin boleh cuba resepi Roti Jepun ini. Walaupun agak cerewet dalam menyediakannya namun hasilnya nanti pasti anda akan berpuas hati!
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Noraini Jaafar Via MAHN
Baca juga : Resepi ‘1 Adunan Untuk Pelbagai Jenis Roti’, Uli Pakai Tangan Je Memang Lembut & Sedap!