Kita cuma biasa dengar murtabak daging dan ayam sahaja kan? Kalau rasa nak makan murtabak, tapi malas nak sediakan daging dan ayam. Boleh cuba buat murtabak telur ni, memang cepat dan mudah untuk disediakan. Jom cuba!
Resepi Murtabak Telur Paling Senang, Sedap Sampai Anak-Anak Makan Berebut!
Bahan-bahan:
- Kulit popia
- Bawang besar
- Bawang putih
- Cili api
- Garam/perasa
- Telur
Cara-cara:
- Tumis bawang besar, bawang putih dan cili api sehingga garing.
- Perasakan dengan garam atau perasa tambahan.
- Masukkan telur, kacau sebati.
- Cedok sedikit guna sudu, letakkan atas kulit popia. Lipat segi empat.
- Kemudian goreng dengan sedikit minyak sehingg garing.
- Siap, selamat mencuba!
Kredit: Fadhilah Khaulan