Sudah menjadi satu kebiasaan buat negara Muslim untuk memberi bantuan kepada golongan Muslim yang lain. Seperti yang sering dapat dilihat melalui bantuan negara Islam kepada etnik Muslim Rohingya.
Sebelum ini, Rohingya sering dikaitkan dengan isu tempat tinggal atau makanan, namun kali ini lain pula jadinya apabila etnik Muslim Rohingya didapati menjual kembali bantuan barangan makanan yang terima secara terbuka di pasar berhampiran kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh.
Perkara tersebut telah didedahkan oleh seorang pegawai kanan Pesuruhjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang Pelarian (RRRC). Difahamkan juga, antara makanan yang dijual semula terdiri daripada biskut dan bijiran yang diterima daripada organisasi seperti Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) dan Program Makanan Dunia (WFP).
Apa yang lebih mengejutkan, aktiviti haram tersebut dilakukan di hadapan anggota penguat kuasa sendiri. Pegawai RRRC turut mengakui, aktiviti haram ini sudah lama berlaku dan pihak mereka kini sedang mencari jalan untuk menghentikannya.
Kredit: Sinar Harian