Tahukah anda lelaki yang suka makan pedas mempunyai paras testosteron yang tinggi. Seperti mana rumusan kajian yang dibuat di Universiti Grenoble-Alpes, Perancis. Kertas kajian tersebut kemudiannya diterbitkan pada tahun 2015 dan ia berjaya menarik perhatian para lelaki yang bergelut dengan masalah syahwat rendah dan mati pucuk.
Menurut kajian tersebut, Capsaicin merupakan bahan aktif yang terkandung di dalam bahan makanan seperti cili. Paras capsaicin ini sering dikaitkan dengan tahap kepedasan sesuatu makanan. Jika jumlahnya tinggi, maka makanan tersebut akan menjadi lebih pedas.
Mungkin ada tidak tahu, bahan tersebut juga mempunyai kebolehan untuk menghindarkan penyakit, mempengaruhi hormon dan meningkatkan tahap kesihatan. Antaranya adalah :
Kajian oleh Universiti Grenoble-Alpes menunjukkan, kandungan capsaicin di dalam makanan boleh berkait dengan kecenderungan seseorang untuk menjadi agresif, dominan dan mempengaruhi keberanian untuk melakukan sesuatu.
Jika dilihat dengan teliti, kesemua perkara tersebut boleh dikaitkan dengan peningkatan paras testosteron. Sebaliknya, jika paras testosteron menurun, ia boleh menyebabkan masalah kemurungan, kelesuan dan seterusnya mempengaruhi prestasi lelaki di ranjang.
Walaupun tidak begitu diketahui umum, hormon testosteron juga mempunyai peranan penting dalam fungsi ereksi kaum lelaki. Hipotesis tersebut dibuat berdasarkan pemerhatian berikut:
Walaupun proses ereksi bergantung kepada rangsangan seksual, namun ia juga masih merupakan proses yang bergantung kepada hormon testosteron. Kajian jelas menunjukkan mereka yang mengalami masalah hipogonadisme mempunyai kekerapan, amplitud dan kekerasan ereksi yang rendah.
Dalam konteks makanan pedas, walaupun kajian menunjukkan ia boleh meningkatkan keupayaan lelaki untuk mengalami ereksi, namun mekanisme di sebaliknya masih tidak jelas. Melalui pemerhatian jumlah testosteron meningkat dengan pengambilan makanan pedas, kaitan yang boleh dilihat bersangkut paut dengan syahwat lelaki untuk melakukan hubungan seks.
Jika anda ada masalah syahwat rendah, keupayaan anda untuk mengalami atau mengekalkan ereksi juga akan turut terkesan. Maka pengambilan makanan pedas boleh meningkatkan kebolehan lelaki untuk mendapat ereksi berikutan peningkatan jumlah testosteron yang dialami berkait dengan kompaun capsaicin.
Walaubagaimanapun, makanan pedas mempunyai keupayaan secara tidak langsung untuk meningkatkan prestasi anda di ranjang, namun jangan bergantung kepadanya jika anda mengalami masalah mati pucuk. Rawatan mati pucuk perlu dilakukan dengan sistematik dan jika ia dibenarkan oleh doktor, makanan pedas boleh menjadi ‘suplemen’ untuk menambah baik kesan ereksi.
Sumber: Hello Doktor