Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sambal Tumis Sotong Kering

Sambal Tumis Sotong Kering

Kategori: ,
sambal tumis sotong kering

Pelbagaikan juadah untuk keluarga anda dengan sambal tumis sotong kering, ia juga boleh buat sambal nasi lemak da amat sesuai untuk seisi keluarga. Dibawah saya senaraikan bahan-bahan dan cara untuk membuat sambal sotong kering.

Resepi Sambal Tumis Sotong Kering Dahlia’s Kitchen

Bahan-bahan kisar (blend)

  • 3 Biji Bawang Besar
  • 7 Ulas Bawang Putih
  • 3 Genggam Cili Kering
  • 2 Ibu Jari Belacan

Bahan-bahan lain

  • 1kg Sotong Kering ( saiz mengikut citarasa masing2 )
  • I Batang Serai ( dititik )
  • 1 Cawan Gula ( citarasa masing2 )
  • Seketul Gula Melaka
  • Garam secukup rasa
  • Asam Jawa sebesar Ibu jari di campur 1 cawan air.

*Tumis bahan2 kisar bersama serai yg dititk hingga naik minyak ( api #sederhana sepanjang memasak, #JANGAN besar sangat )

*Untuk sotong kering yg direndam dgn abuchang atau bicarbonate of soda, harus #dicuci bersih dan #direbus dlm 5-10min utk menghilangkan bau hancing dan melembutkan lagi, selepas itu dimasukkan kedalam tumisan.

Cara-cara memasak 

  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan letakkan serai, gula melaka sehingga garing
  • Masukkan sotong, gula pasir, air asam tunggu hingga mendidih
  • Kalau tidak cukup manis tambah gula, tak cukup masin tambah garam

Selamat Mencuba…
Cuba Jangan Tak Cuba Kalau Tak Cuba Tak Tahu.
Ihklas Dari Saya Manfaat Untuk Semua…

Kredit: Dahlia’s Kitchen

tags: | |