Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Buat Sendiri Je Subway Cookies Di Rumah, Teksturnya Yang ‘Chewy’ Memang Bikin Ketagih!

Buat Sendiri Je Subway Cookies Di Rumah, Teksturnya Yang ‘Chewy’ Memang Bikin Ketagih!

Kategori:
Subway Cookies

Kalau pergi Subway, wajib beli biskut mereka kan? Tekstur Subway Cookies ini tidak rangup tetapi chewy namun tetap sedap dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Harganya pun boleh tahan mahal juga.

Makan sekeping memang confirm tak puas. Jadi apa kata jom cuba buat sendiri di rumah. Kosnya tak berapa mahal dan puas hati sebab sekali puas dapat 2 balang! Yang penting, boleh menjimatkan duit anda. Selamat mencuba!

Resipi Cookies Ala Subway Cookies

Bahan-bahan:

  • 230g butter
  • 200g gula kastor
  • 160g gula perang
  • 2 biji telur
  • 1tsp esen vanila
  • Bahan ayak (400g tepung gandum, 2tbsp tepung jagung, 1 tsp baking powder)
  • 400g choc chip

Cara-cara:

  1. Satukan butter, gula kastor dan gula perang. Gaul guna senduk sahaja. Jangan pukul lama-lama. Cukup sekadar sebati.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul rata sampai sebati.
  3. Ayakkan bahan ayak. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan chocolate chip ke dalam adunan. Gaul rata.
  5. Bentuk adunan menggunakan scop aiskrim.
  6. Letak dalam tray, jarak-jarakkan sebab adunan akan mengembang. Lepas dalam peti ais selama 1 jam terlebih dahulu. Kemudian bakar pada suhu 160c selama 18-20 minit.
  7. Selamat mencuba!

Kredit: Anna Yusof

tags: | | | |