Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Udang Cereal

Resepi Udang Cereal

Kategori: ,,
Resepi Udang Cereal Sedap & Mudah

Nak makan udang cereal tapi harga di kedai terlalu mahal? Di sini saya akan kongsikan resepi udang cereal yang dibuat oleh Dahlia’s Kitchen. Pasti sedap dan mudah.

Resepi Udang Cereal

Bahan-bahan untuk perap udang:

  • 1 kg udang (citarasa masing-masing)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur (dikacau)
  • 2-4 sudu besar penuh tepung gandum

Bahan-bahan untuk cereal:

  • 1 setengah cawan cereal (citarasa masing-masing)
  • 3 sudu makan penuh tepung susu
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh garam

Bahan-bahan untuk tumis:

  • 7-10 tangkai daun kari
  • 3-4 batang cili padi (citarasa masing-masing)
  • 100 gram butter

Cara-cara penyediaan & memasak:

  • First potong udang, basuh bersih dan toskan
  • Kemudian masukan sedikit garam, sebiji telur, tepung gandum
  • Pastikan minyak panas, kemudian goreng hingga garing
  • Untuk rempahnya, masukan garam, gula, susu tepung dan nestum kemudian gaulkan
  • Selepas itu, buat cereal butter, masukan butter, dan masukan daun kari hingga naik bau
  • Kemudian masukan nestum tadi hingga nestum bertukar warna
  • Selepas itu masuk udang

Selamat mencuba! Cuba jangan tak cuba. Kalau tak cuba tak tahu…

Kredit: Dahlia’s Kitchen

tags: |