Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nasi Briyani Dahlia’s Kitchen

Nasi Briyani Dahlia’s Kitchen

Kategori: ,

Selalu pergi kedai mamak mesti makan nasi briyani kan. Tengok diorang buat pun bukan main susah lagikan. Sebenarnya tak susah pun. Jom sama-sama kita cuba buat mengikut resepi Nasi Briyani Dahlia’s Kitchen yang telah disediakan untuk anda.

Resepi Nasi Briyani Dahlia’s Kitchen

BAHAN-BAHAN KISAR (blend)

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 3 Genggam Bawang Putih
  • 2 Batang Serai
  • 1 Ibu Jari Halia

BAHAN-BAHAN LAIN

  • 2 Biji Bawang Besar *Dihiris
  • 4 Helai Daun Pandan *Diikat
  • 5 Leng Beras Basmathi * 5 Gayung/Cawan
  • 1 Batang Kayu Manis
  • 3 Bunga Lawang
  • 5 Biji Pelaga
  • 5 Biji Bunga Cengkih
  • 2 Biji Tomato *Dipotong Dadu
  • 2 Ibu Jari Gula Batu
  • 1 Tin Susu Cair
  • Garam Secukup Rasa
  • Air Ikut Sukatan Beras (Pewarna Dicampur Air)

Cara-cara Memasak:

  1. Tumiskan bawang merah yang dihiriskan dan masukkan sekali daun pandan didalam minyak masak yang dicampurkan sedikit minyak sapi.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar, bunga lawang, kayu manis, pelaga dan bunga cengkih. Tumiskan hingga naik bau atau matang.
  3. Masukkan air secukupnya. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gula batu. Biarkan hingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan beras yang sudah direndamkan dahulu dan ditoskan.
  5. Biarkan sehingga airnya kering sedikit. Masukkan pewarna yang sudah dicampurkan dengan air secukupnya. Kacaukan supaya warnanya sekata.
  6. Masakkan sehingga betul-betul masak dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Belum cuba belum tahu.

Cara-cara memasak yang lebih lanjut, sila rujuk Pada Tutorial Video.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

***Optional***

  • 1 GENGGAM KACANG GAJUS, DIRENDAM SEKETIKA, PASTU DIKISAR, CAMPURKAN SELEPAS MASUKKAN SUSU CAIR.
tags: |