Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Bubur Asyura Dahlia’s Kitchen

Bubur Asyura Dahlia’s Kitchen

Kategori: ,

Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha. Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura. Berikut adalah resepi dan cara-cara membuat bubur oleh Dahlia’s Kitchen.

Resepi Bubur Asyura Dahlia’s Kitchen

Bahan bahan kisar ( Blend )

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 2 Genggam Bawang Putih
  • 4 Sudu Besar Rempah Kari Daging
  • Halia Sebesar 2 Ibu Jari

Bahan bahan nya

  • 2 Gayung Atau 2 Leng Beras
  • 4 Helai Daun Pandan ( diikat )
  • 2 Batang Kayu Manis
  • 5 Biji Pelaga
  • 3 Bunga Lawang
  • 5 Biji Bunga Cengkih
  • Daging (example daging cincang, tetelan, lembu atau kambing ikut citarasa masing2, di hiris tipis)
  • 1/2 Cawan Kacang Lepat ( dicuci dan direndam selama 10min, pastu ditos )
  • Kacang Gajus ( optional )
  • 2 Kiub Beef Stock
  • Garam Secukup Rasa
  • Lada Sulah ( optional )
  • Sayur Campur Segenggam
  • Daun Sup Bawang
  • 1 Kotak Santan ( saiz Sedang )
  • Air Secukupnya

*Kalau ada family yg mengidap GOUT, elakkan dr letak kekacang… Harap Maklum

Cara memasak 

  • Masukan beras dan daging, kacang, daun pandan chicken stock dan rempah
  • Tunggu hingga mendidih dan beras masak, kemudian masukan rempah blend
  • Masukan garam secukup rasa ikut citarasa masing-masing
  • Kemudian masukan santan, kacau dan masukan sayur campur
  • Untuk mencantikan lagi masukan daun bawang dan bawang goreng

Kredit: Dahlia’s Kitchen

tags: | |