Setiap kali nak berbuka puasa, mesti nak minum air yang menyegarkan bukan? Setelah seharian menahan dahaga, dapat minum air sejuk-sejuk memang padu! Jom lihat 10 resipi air untuk berbuka puasa yang sejuk dan menyegarkan. Memang puas hati kalau dapat minum berbuka nanti.
10 Resipi Air Untuk Berbuka Puasa
Bahan-bahan:
- 1 tin laici
- 1 tin susu cair
- 1 tin susu pekat
- 3 sudu makan kacang tanah tumbuk
- 3 1/2 sudu makan sirap cap rose
- 1 sudu makan biji selasih
- 5-6 biji kurma merah
- 50-60 gram cincau hitam
Cara-cara:
- Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.
- Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.
- Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda,boleh juga tapi Ben suka cara camni. Silakan.
Bahan-bahan:
- Cincau
- Aiskrim soda (air gas)
- Susu cair
- Sirap
- Ais
Cara-cara:
- Potong cincau ikut suka.
- Masukkan aiskrim soda.
- Masukkan susu cair sambil kacau taknak bagi dia berketul berbintik-bintik.
- Masukkan ais, masukkan sirap (agak2 lah ye) kacau2 sebati.
- Siap untuk diminum! Eh, sabar..Tunggu waktu berbuka dulu.
Bahan-bahan:
- 1 cawan air kelapa muda (lebih lagi sedap)
- 1 cawan ais krim vanilla
- 1 cawan ais ketul
- 3 sb susu pekat
- Isi kelapa
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lembut.
- Tuangkan dalam gelas. (kalau nak letak ais lagi pun boleh tetapi maniskan sedikit)
- Letakkan beberapa scope ais krim vanila dan letakkan isi kelapa kat atas mengikut kemahuan anda.
- Siap untuk dihidangkan.
Bahan-bahan:
- Ais
- Air soda
- Lemon
- Asam boi
- Daun pudina
- Laici (buah sahaja)
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan.
- Untuk laici ambil buah sahaja, air jangan campur sekali.
- Memang sedap dan menyegarkan!
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan air
- 2 sudu makan serbuk kopi pilihan
- 1 cawan susu cair
- 1/2 tin susu pekat
- Ais
Cara-cara:
- Reneh 1/2 cawan air biar mendidih.Tutup api. Ben gunakan 2 sudu makan serbuk kopi pilihan. Biarkan 3-4 minit. Tapis tuang masuk dalam jug.
- Isi 1 cawan susu cair dan 1/2 tin susu pekat. Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air. Biarkan air ais turun. Fuhhh.
- Simpan dalam freezer. Sukatan untuk 1.6 liter.
Lihat video:
Bahan-bahan:
- Tembikai – separuh
- Susu pekat – setengah tin
- Air panas
- Air suam
- Ais
Cara-cara:
- Tembikai separuh.
- Kisarkan tembikai, letakkan air sedikit.
- Dah siap tuangkan dalam jug.
- Bancuhkan susu pekat setengah tin dengan air panas. Kemudian campurkan dalam air tembikai tadi.
- Dah siap tambah kan dengan air suam sikit.
- Siap! Cantik kan kejadian beliau.
Bahan-bahan:
- 1 tin nenas Hosen
- 1 1/2 cawan air soda Fn
- 5 potongan kecil buah nenas
#Tak perlu gula dah sebab air soda, air nenas dah cukup manis.
Cara-cara:
- Kisar nenas dengan air soda, lepas tu tapiskan dalam penapis santan. Tujuan dia untuk hilangkan buih nenas. Kacau dengan sudu sambil tapis tu.
- Isi dalam jug cantik 1.6 liter ni, isi buah tin dan air sekali, isi ais. Ketuk ais kecil baru sedap.
- Siap!
Bahan-bahan:
- Bunga telang
- Biji selasih
- Lemon
Cara-cara:
- Didihkan air bersama bunga telang sehingga bunga kuncup dan tiada kelihatan.
- Rendam biji selasih dalam air panas pada bekas yang lain sehingga kembang.
- Bancuh air bunga telang dengan gula secukup rasa.
- Masukkan biji selasih dan perahan lemon pada bancuhan air bunga telang.
- Hias dan hidang bersama ais.
Bahan-bahan:
- 1.0 kg tembikai ( ditimbang termasuk kulit )
- 1 tin laici
- 1 botol air lemon houseboom
Cara-cara:
- Tak gunakan gula sebab dah cukup dah manis dari air-air ni semua.
- Masuk tembikai dalam pengisar, letak air lemon, kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas/buih. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut.
- Tambah air laici tin dan boleh letak ais.
Bahan-bahan:
- Teh serbuk
- Susu full cream
- Gula (ikut sukatan yang anda nak buat)
- Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
- Cincau
Cara-cara:
- Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan.
- Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah
- Sukatan susu ikut nak kaw macam mana.
- Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula sudah sedap, bolehlah tutup api.
- Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.
- Siap.
Selamat mencuba!