Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 10 Resipi Daging Yang Cepat & Mudah Disediakan Untuk Sahur & Berbuka

10 Resipi Daging Yang Cepat & Mudah Disediakan Untuk Sahur & Berbuka

Kategori:

Tiada idea nak masak apa menggunakan lauk daging untuk berbuka puasa? Jom lihat senarai koleksi resipi daging yang cepat, ringkas dan mudah untuk dicuba.

Tak perlu pening kepala dah selepas ini, guna sahaja resipi ini setiap kali sedang mencari idea. Semoga bermanfaat ya!

1. Daging Bakar Air Fryer

Bahan-bahan daging bakar:

  • Daging 500g
  • Serbuk kari daging
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Minyak masak

Cara-cara membuat daging bakar:

  1. Gaulkan semua ikut sesedap rasa dan perap.
  2. Bakar dalam air fryer pada suhu 160°c selama 30 minit, gaul-gaul dan tambah lagi 10 minit.
  3. Boleh juga bakar atas dapur menggunakan kuali.

Bahan-bahan untuk sos pencicah:

  • Kicap sotong
  • Air asam jawa
  • Perahan limau nipis
  • Gula
  • Serbuk cili
  • Bawang merah cincang halus
  • Beras goreng dan tumbuk
  • Daun ketumbar/daun sup
  • Minyak masak

Cara-cara buat sos pencicah:

  1. Panaskan minyak, masukkan serbuk cili.
  2. Masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan bawang merah dan kicap sotong. Gaul sebati.
  4. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Tutup api dan perahkan asam limau dan taburkan geras goreng yang sudah ditumbuk. Tabukan juga daun ketumbar. Siap!

2. Daging Masak Merah Ala Thai

Bahan-bahan:

Daging secukupnya cuci bersih dan rebus hingga empuk bersama sos bawang atau boleh juga guna pewarna merah. (zie rebus 30-35 minit menggunakan api kecil) kalau air kering tambah lagi. Bila daging dah empuk sejukan dan hiris nipis-nipis.

Bahan tumis:

  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 biji bawang besar dihiris tebal
  • 4 sudu besar cili boh
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos merah bawang (jika tiada boleh guna beberapa titik pewarna merah)
  • 1 sudu besar penuh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • Garam, gula, secukup rasa dan serbuk perasa jika perlu
  • Tambahan: apa-apa sayur kegemaran

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih masukkan daging.
  2. Bila hampir garing masukkan bawang besar dan semua jenis sos dan bahan berbaki satu persatu kecuali air tepung jagung dan sayur.
  3. Setelah mendidih masukkan air tepung jagung, sayur dan air mengikut banyak kuah yang diingini kacau sebati. Siap.

3. Daging Bakar Perap Guna 3 Bahan

Bahan-bahan:

  • Serbuk cili
  • Sos black pepper (paket)
  • Madu

Cara-cara:

  1. Campurkan sahaja 3 bahan di atas. Sukatan dia agak-agak sahaja.
  2. Sos blackpaper kena lebih. Abiskan satu paket pun tidak mengapa. Jika nak pedas lebihkan serbuk cili.
  3. Kemudian gaulkan lamb slice, atau potongan ayam kalau nak buat ayam.
  4. Rasa dulu. Ada pedas, manis madu kira ok dah. Ubah suai rasa ikut tekak memasing. Dalam gambar ni memang buat pedas dan lebihkan sos blackpaper nanti sos perap tu masa bakar tak kering.
  5. Perap 5,6 jam baru bakar.
  6. Masa bakar ni pakai kuali lebar je. Letak minyak supaya isi tak kering. Kemudian boleh letak sos perap masa nak pusing-pusing isi supaya lebih sedap.

4. Daging Cili Api

Bahan kisar A:

  • 15-20 ulas cili api merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 biji bawang besar
  • Halia dihiris

Kisar dahulu bahan bertanda (*). Kemudian baru masukkan bawang merah dah halia supaya tidak hancur sangat.

Bahan B:

  • Garam
  • Gula perang
  • 2 sb kicap pekat manis
  • 2 sb sos tiram
  • 5 sb sos cili

Bahan hiris C:

  • Bawang besar
  • Kacang panjang
  • Cili merah dibela dua

Cara-cara:

  1. Goreng sekilo daging yang sudah digaul dengan garam dan serbuk kunyit sehingga 70% masak.
  2. Tumis bahan kisar A sampai pecah minyak. Kemudian masukkan bahan B dan gaul sebati.
  3. Kemudian masukkan daging dan bahan hiris.

5. Daging Goreng Basah Masam Manis

Bahan-bahan:

  • Daging dihiris nipis (perap dengan serbuk kunyit dan garam)
  • Halia dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • Sos tiram, sos mahsuri 3 rasa, kicap manis
  • Bawang holland untuk hiasan
  • Cili padi
  • Daun bawang
  • Gula

Cara-cara:

  1. Hiris daging nipis. Basuh dan perap dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Masuk dalam kuali, tambahkan sedikit air. Baru daging jadi lembut.
  3. Tunggu betul-betul air kering baru masukkan minyak.
  4. Masukkan halia dan bawang putih yang sudah dihiris nipis.
  5. Masukkan sos tiram, sos mahsuri 3 rasa dan sedikit kicap manis.
  6. Taburkan hiasan seperti bawang holland, dan cili(saya guna cili padi dan lada hijau thai).
  7. Nak wangi letak daun bawang.

Tips: Nak nampak daging tu basah-basah, masukkan sedikit gula. Walapun hanya buat daging goreng kunyit. Memang sedap, memang juicy dagingnya.

6. Dendeng Daging

Bahan-bahan:

  • Daging hiris nipis
  • Kicap manis
  • Bawang merah hiris
  • Bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia)
  • Cili giling
  • Rempah 3 beradik
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit cuka

Cara-cara:

  1. Perap daging dengan kicap manis. Lagi lama lagi lembut.
  2. Kemudian goreng daging yang sudah diperap.
  3. Kemudian tumbuk daging menggunakan lesung.
  4. Goreng bawang merah, angkat dan ketepikan.
  5. Tumiskan cili giling dan rempah 3 beradik serta bahan kisar.
  6. Masukkan daging, bawang goreng, garam, gula dan sedikit cuka serta daun limau purut sebagai penambah aroma.
  7. Siap!

7. Daging Bakar Danok

Bahan-bahan perapan daging:

  • Daging ½kilo
  • 1 sb sos ikan
  • 2 sb Sos tiram
  • 3 sb gula perang
  • 1 sk lada hitam
  • Sedikit minyak
  • Serbuk cukup rasa 2 sudu

Cara-cara buat perapan daging:

  1. Satukan semua bahan dan perap semalam.
  2. Bakar dalam suhu 150 selama 20 atau 30 minit. Boleh juga dibakar menggunakan kuali.

Bahan-bahan sos:

  • Akar daun ketumbar
  • Daun ketumbar
  • 1sb Beras(sangaikan dulu& tumbuk)
  • 2 ulas bwg putih
  • 2 sb Sos ikan
  • 2 biji limau nipis
  • 2 sb gula perang
  • 5 tangkai cili padi
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos tiram
  • 1 Bawang besar (hiris nipis)

Cara-cara:

  1. Tumbuk akar daun ketumbar, bawang putih dan cili padi sampai lumat.
  2. Masukkan sos ikan, gula melaka, gula perang, beras yang disangai (ditumbuk) dan perahan limau nipis.
  3. Masukkan sos cili,sos tiram. Masukkan daun ketumbar yg dipotong.
  4. Masukkan bwg besar yg dipotong tadi.
  5. Masukkan garam sikit.

8. Daging Masak Hitam Ala Kenduri

Bahan-bahan:

  • 2 kg daging
  • Kicap manis dan kicap pekat
  • 20 tangkai cili kering (kisar)
  • 2 biji bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 5-6 hiris halia
  • 2 batang serai
  • 5 biji buah keras
  • 1 genggam kismim
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk lada hitam

Cara-cara:

  1. Perap daging dengan kicap manis, kicap pekat dan cili kering. Perap selama 2 ke 3 jam.
  2. Kisar bahan-bahan ini.
  3. Bekas biru, hasil kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Bekas pink, hasil kisar kismis, kuah keras, jintan manis dan lada hitam.
  4. Tumis 4 sekawan. Kemudian masukkan bawang kisar.
  5. Bila bawang dah garing, masukkan bahan rempah kisar pula.
  6. Bila dah pecah minyak, masukkan daging. Guna api perlahan, jangan letakkan air sebab air daging akan keluar nanti.
  7. Masak sampai kering seperti di bawah dalam 3 jam guna api perlahan. Tak perlu tambah gula dan garam, jika suka manis boleh letak 2 sudu garam.
  8. Panas panas lagi sedap. Boleh letak bekas kecil-kecil, simpan dalam peti ais. Nak makan, panaskan sahaja.

9. Daging Blackpepper

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (ketuk) + halia (hiris)
  • Sos blackpepper botol
  • Sos tiram
  • Lada hitam kisar
  • Kicap
  • Garam
  • Mushroom seasoning (jika ada)
  • Bawang holland dan bell pepper (dihiris)
  • Tepung jagung dibancuh air

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih yang diketuk dan halia yang dihiris.
  2. Masukkan sos blackpepper dan sos tiram
  3. Masukkan lada hitam kisar.
  4. Kemudian masukkan daging (rebus dahulu supaya lembut).
  5. Masukkan kicap dan garam serta mushroom seasoning jika ada.
  6. Seterusnya masukkan bawang holland dan bell pepper.
  7. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air.
  8. Kacau sebati dan siap!

10. Daging Phad Phed Ala Thai

Bahan kisar:

  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Sedikit belacan
  • Sedikit halia
  • Sedikit lengkuas
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit kunyit hidup kalau xda pakai kunyit serbuk
  • Serai 2-3 batang
  • 7 tangkai cili padi
  • 5 tangkai cili kering yg direbus dahulu

Nota: Kuantiti ikut tahap kepedasan yang diingini

Bahan lain:

  • 1 sdk kerisik
  • 1/2 keping asam gelugor
  • 4 helai daun limau purut
  • Bawang holland dihiris
  • Sayur2 seperti kcg panjang, kobis bunga & carrot
  • Gula perang
  • Garam

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak & tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging & masak sehingga empuk.
  3. Masukkan asam gelugor & kerisik.
  4. Perasakan dgn gula perang & garam.
  5. Masukkan daun limau purut.
  6. Akhir sekali masukkan bawang holland dan sayur-sayur.
  7. Masak sehingga mesra.

Semoga bermanfaat!

tags: | |