Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Kuih Batang Buruk Guna Kulit Popia, Mudah Sangat!

Cara Buat Kuih Batang Buruk Guna Kulit Popia, Mudah Sangat!

Kategori:
kuih batang buruk

Mana dia peminat kuih batang buruk? Setiap kali ngap memang boleh buat jadi ketagih. Tak boleh berhenti makan, sampai diriba bekas kuih itu. Betul tak?

Setiap tahun pada hari raya wajib beli kuih batang buruk ni. Rupanya, tak susah mana kalau ada yang nak cuba buat sendiri di rumah.

Untuk membuatnya, hanya perlu menggunakan kulit popia sahaja. Lihat cara-cara membuat kuih batang buruk di bawah hasil perkongsian oleh Oni Omar.

Cara Membuat Kuih Batang Buruk

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus besar kulit popia
  • 3 bungkus tepung kacang hijau
  • 800 gram gula aising
  • 2 biji putih telur – sebagai pelekat
  • Straw saiz besar
  • Minyak – untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Potong kulit popia memanjang seperti didalam gambar mengikut ukuran pembaris.
  2. Cabut sehelai demi sehelai kemudian gulung di straw dan gunakan putih telur sebagai pelekat.
  3. Bila dah siap gamkan semua, jemur dengan straw yang dah dililit kulit popia tadi sekejap dalam 10 minit, kemudian boleh keluarkan popia yang dah kering tu kesemuanya.
  4. Seterusnya, tepung kacang hijau disangai lebih kurang 10 minit menggunakan api sederhana sehingga garing dan ringan.
  5. Kemudian boleh angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk, masukkan gula aising(kisar gula sampai jadi halus).
  6. Gaul ratakan gula dengan tepung sampai sebati. Selepas itu, goreng kulit popia dalam api yang sederhana sehingga sedikit kekuningan dan angkat.
  7. Akhir sekali, sumbat kulit popia yang dah digoreng tadi dengan tepung kacang hijau. Buat sampai habis. Siap!
  8. Selamat mencuba!

Kredit: Oni Omar

tags: