Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Goreng Tomyam, Mudah & Sangat Sedap, Sekejap Je Dah Licin Satu Kuali!

Resepi Ayam Goreng Tomyam, Mudah & Sangat Sedap, Sekejap Je Dah Licin Satu Kuali!

Kategori: ,
resepi ayam goreng tomyam

Korang dah bosan asyik makan ayam goreng kicap dan ayam masak merah? Nak cuba masakan lain. Jom cuba Ayam Goreng Tomyam ini. Mesti korang tak pernah cuba kan? Kalau korang cuba memang korang akan berpuas hati. Memang sedap. Bukan sahaja sedap malah nak menyediakannya juga cukup mudah.

Nak cuba buat ni? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini. Memang tak menyesal kalau cuba tau!

Cara Mudah Masak Ayam Goreng Tomyam

Bahan-bahan :

  • Ayam 1 ekor (dipotong dan dibersih)
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 1@2 peket perencah tomyam
  • 8 batang cili padi merah
  • 8 batang cili padi hijau
  • 1 batang serai (dihiris serong)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato (dibelah 6)
  • 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cm lengkuas (dipotong)
  • Lobak merah (tambahan)
  • ½ cawan air
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Serbuk perasa (jika perlu)
  • Garam dan gula (jika perlu)

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam. Lumurkan sedikit kunyit dan garam pada ayam dan goreng sehingga masak.
  2. Minyak yang sama (keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan tomyam).
  3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas. Masak sehingga naik bau dan kekuningan.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan dan tambahkan garam dan serbuk perasa (JIKA PERLU) serta gaul rata.
  6. Akhir sekali, masukkan lobak merah, ayam yang telah digoreng dan air ½ cawan. Biarkan ianya mereneh sebentar dan sedikit kering.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Ayam Goreng Tomyam ini? Bukan sahaja mudah malah rasanya juga sangatlah sedap. Lain dari yang lain. Memang padu habis!

Selamat Mencuba!

Kredit : Nurul Ateekah

Baca juga : Cara Buat Ayam Masak Kicap Pedas Berkuah Pekat, Lauk Yang Mudah & Sedap

tags: | |