Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Biskut Almond London. Beli Terasa Mahal, Buat Sendiri Baru Puas Hati

Resipi Biskut Almond London. Beli Terasa Mahal, Buat Sendiri Baru Puas Hati

Kategori:
biskut almond london

Tidak dinafikan, biskut almond london merupakan biskut lejen kegemaran ramai sehingga sekarang. Apabila digigit terasa kerangupan biskut dan kacang badam bersama coklat yang meyalut biskut.

Namun kadang-kadang jika membeli di kedai, ada yang tidak kena dengan selera. Mungkin kacang badam yang diletak dipotong dua, coklat tidak tebal dan macam-macam lagi.

Kalau nak puas hati, apa kata jom cuba buat sendiri biskut almond london di rumah mengikut selera masing-masing. Lihat sahaja resipi lengkap perkongsian oleh Saiful Nasuha di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Almond London

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum 3 cawan
  • Tepung jagung 1 cawan
  • Tepung beras 2 sdb
  • Butter 1 buku (250g)
  • Gula castor 1 cawan
  • Baking soda 1sdb
  • Cornflakes 1 cawan dikisar halus
  • Serbuk badam 1/2 cawan
  • Susu tepung 5 sdb
  • Esen vanilla 1 penutup
  • Minyak masak 4sdb
  • Telur kuning 1
  • Almond 250g (1 bungkus, bakar dahulu)
  • Shortening 2sdb
  • Hiasan almond nibs (bakar dahulu)
  • Milk choc coins Beryls 600g
  • Paper cup

Cara-cara:

  1. Campurkan butter, telur kuning, esen, gula castor dan kacau sebati.
  2. Masukkan cornflakes yang sudah dikisar halus, serbuk badam dan susu tepung. Kacau sebati.
  3. Masukkan tepung jagung dan baking soda.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil gaul. Masukkan minyak masak, gaul sebati.
  5. Cubit sedikit adunan, letakkan almond di dalam dan uli sehingga berbentuk bujur.
  6. Bakar pada suhu 150 celsius selama 20 minit.
  7. Double boil coklat bersama shortening. Celup biskut tadi ketika coklat masih panas dan masukkan ke dalam paper cup. Taburkan juga almond nibs.
  8. Masukkan dalam chiller selama 15 minit sebelum disimpan ke dalam bekas.
  9. Selamat mencuba!

Kredit: Saiful Nasuha

Baca juga: 30 Resepi Biskut Raya Yang Sering Mendapat Sambutan

tags: