Tapai merupakan antara makanan atau hidangan yang sering disediakan ketika menyambut hari raya atau apa-apa sambutan seperti kenduri kendara dan majlis kesyukuran. Tapai yang diperbuat daripada pulut dan dibaluti dengan daun getah, daun rambai, daun pisang atau apa-apa daun yang bersesuaian akan disimpan selama beberapa hari.
Namun ada juga yang menggunakan bekas dadih, lebih-lebih lagi bagi orang yang tinggal di kawasan bandar. Mungkin kerana untuk mendapatkan daun agar sukar jadi hanya itu pilihan yang mereka ada. Nak mendapatkan tapai yang menjadi elok dan manis leting ada tips dan caranya yang tersendiri tau. Bukan main campak dan ayak ragi je.
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman facebook berkenaan dengan cara atau resepinya yang membuat tapai sehingga berjaya mendapatkan tapai yang sangat manis. Jadi jom kita ikuti cara wanita ini membuat tapai.
Orang kata payah nak buat tapai ni. Kalau tak betul cara tak jadi. Guna daun legend, daun getah dan daun pisang.
Pastikan ragi betul-betul elok. Penyimpanan ragi dengan cara yang tidak betul akan menyebabkan tapai tak jadi. Ni pun bukan reti nak bungkus guna dedaun tu, nasib baik cik abe terrerr sebab pernah tolong arwah maknya bungkus tapai setibanya syawal tiap-tiap tahun.
Saya pun belajar dari cik abe cara bungkusan tu. Kalau takde seni memang tak kemas.
Tapai manis leting. Alhamdulillah, manis sangat. Simpan dalam peti dulu, esok makan. Nikmatnya makan sejuk-sejuk. Sape suka?
Selamat mencuba!
Kredit : Puan Abby Razy
Baca juga : Petua Buat Tapai Pulut Manis & Tak Masam, Makan Sejuk-Sejuk Lagi Nikmat Di Tekak