Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Kari Sardin Tin & Kentang, Makan Dengan Roti Saja Pun Sedap Ni!

Resipi Kari Sardin Tin & Kentang, Makan Dengan Roti Saja Pun Sedap Ni!

Kategori: ,
Kari Sardin

Sebagai seseorang yang sibuk dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk ke dapur, sudah tentu kita perlu masak sesuatu yang mudah dan cepat kerana banyak perkara perlu diselesaikan.

Mungkin ramai juga yang sudah buntu memikirkan menu untuk dimasak setelah pulang dari kerja.

Tak perlu pening kepala lagi, jom masak menu kari sardin tin dan kentang yang mudah dan menyelerakan ini. Selamat mencuba!

Resipi Kari Sardin Tin & Kentang, Makan Dengan Roti Saja Pun Sedap Ni!

Bahan-bahan:

  • 1½ sardin tin(ambil ikannya sahaja)
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 2 batang cili hijau
  • 1 batang cili merah
  • Tomato(dibelah)
  • Daun Kari 2 tangkai
  • Santan fresh 200ml(tambahan)
  • Air putih 100ml
  • 1 biji kentang
  • Serbuk Kari 3 sudu besar(dijadikan paste)
  • Garam
  • Serbuk perasa(jika mahu)
  • Minyak masak untuk menumis

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar. Kemudian masukkan daun kari, masak sehingga naik bau dan keperangan.
  2. Masukkan pes kari menggunakan api perlahan. Tumis sehingga pecah minyak supaya rempah masak dengan sempurna.
  3. Masukkan kentang, masak sehingga sedikit lembut dan masukkan santan. Biarkan ia masak sebentar.
  4. Akhir sekali, masukkan sardin, cili hidup dan tomato. Biarkan seketika dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika mahu.
  5. Siap untuk dihidang.

kari sardin tin kari sardin tin kari sardin tin

Mudah sahaja untuk menyediakan resepi ini. Dengan penggunaan beberapa bahan sahaja, tentu masa di dapur dapat dijimatkan dan kari sardin ini sesuai dimakan bersama nasi atau roti.

Baca Juga: Cara Buat Sos Steamboat Ala Johnny. Tak Rugi Cuba, Serius Rasa Sebijik Sama!

tags: | |