Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Nasi Goreng Campak ‘Special’ Untuk Isteri, Mudah Tapi Sangat Sedap!

Resipi Nasi Goreng Campak ‘Special’ Untuk Isteri, Mudah Tapi Sangat Sedap!

Kategori:
nasi goreng campak

Sekali sekala para suami masak untuk isteri tidak ada salahnya kan? Si isteri pun pasti teringin nak merasa air tangan suami.

Tapi tidak dinafikan, sudah ramai lelaki pada masa kini yang sudah pandai dan gemar memasak. Beruntung sangat si isteri jika suami pandai memasak, sekali sekala boleh bergilir-gilir masak.

Kalau ada suami yang baru berjinak-jinak untuk memasak, boleh ikuti resipi nasi goreng ‘campak’ yang mudah tapi sedap di bawah ini.

Resipi Nasi Goreng Campak ‘Special’ Untuk Isteri

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis
  • Cili padi
  • Cili merah
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Hotdog
  • Sayur pilihan anda
  • Telur
  • Msg

Cara-cara:

  1. Tumbuk ikan bilis, cili padi, cili merah, bawang putih dan bawang merah. Kuantiti mengikut kuantiti yang ingin dibuat.
  2. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan lain seperti hotdog, sayur atau pecahkan telur.
  4. Jangan lupa perasakan dengan MSG.
  5. Gaul sebati dan siap untuk dihidang.

Kredit: ASH @Ashukamakan

Baca Juga: Tak Perlu Beli Lagi, Ini Caranya Untuk Buat Sendiri Mi Kuning Homemade Di Rumah. Boleh Digunakan Dalam Pelbagai Resepi

tags: