Siapa yang suka makan ikan patin pasti tahu betapa nikmat rasanya. Namun teknik menyiang perlu betul, supaya ikan patin tak berbau selepas dimasak. Jika salah cara, ikan patin akan tetap berbau walaupun sudah membuat pelbagai jenis petua.
Rupanya, ada bahagian ‘penting’ yang perlu dibuang untuk membuang rasa hanyir dan berbau tersebut. Nak tahu bagaimana cara menyiang ikan patin dengan betul? Jom ikuti perkongsian oleh saudari Asiah Muhammad di bawah.
Siang ikan patin jangan lupa tarik urat hanyir dia tau. Baru la ikan tak berbau semasa memasak.
Ia ada dua di hujung tulang tengah macam seperti dalam gambar.
Kredit: Asiah Muhammad