Di samping anda hidangkan santapan lazat untuk tetamu di Hari Raya, jangan lupa juga untuk lengkapkan juadah dengan buah-buahan yang berkhasiat.
Sesuai untuk dijamu bagi kumpulan yang besar, buah tembikai selalu menjadi pilihan tuan rumah untuk disajikan pada orang yang bertandang. Rasanya memang cukup manis dan menyegarkan.
Bukan sahaja rasanya yang sedap malah ia juga kaya dengan pelbagai nutrien seperti vitamin dan mineral.
Tak kira muda atau tua, buah tembikai yang dipotong segar past ada saja peminatnya!
Ia juga senang didapati di mana-mana kedai buah atau pasar raya.
Namun pastinya masih ramai dikalangan kita yang belum tahu cara untuk memilih buah tembikai yang betul-betul manis kan? Setiap kali beli pasti menyesal sebab tawar dan isinya juga tidak rangup.
Jadi, apa cara yang terbaik untuk kita pilih buah tembikai supaya pembelian kita berbaloi ? Jom kita ikuti beberapa tips dari pengusaha tembikai ini!
Untuk memilih buah tembikai yang terbaik, anda perlu perhatikan luarannya dengan lebih teliti.
Perhatikan garisan pada kulit buah tembikai. Pastikan yang garisan tu cantik dan lurus je. Biasanya kalau garisan yang berserabut, isinya kurang manis.
Yang kedua, perhatikan bahagian bawah atau tapak tembikai tu. Pilihlah tembikai yang mempunyai tapak yang lebih kecil, insyaAllah lebih manis.
Perhatikan bentuknya juga. Biasanya buah yang berbentuk bulat lebih manis berbanding buah yang berbentuk lonjong.
Kebiasaannya, tembikai yang dijual di pasaran sudah dibuang tangkainya. Namun, jika anda terjumpa tembikai yang masih bertangkai, perhatikan rupanya. Pilihlah tembikai yang ada tangkai beralun dan elakkan tembikai yang ada tangkai lurus.
Macam tu rupanya nak pilih tembikai, bukan boleh main beli je! Tak adalah susah sangat nak dapatkan tembikai yang betul-betul manis. Lepas ni bolehlah anda pilih tembikai yang lebih sedap dan berjus untuk santapan bersama keluarga dan tetamu di rumah.
Semoga bermanfaat!
Baca juga : Nak Cantik Dan Sihat Tak? Ini Dia 10 Jenis Resepi Salad Untuk Yang Nak Diet Dan Sihat