Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Soondubu Jigae (Korean Spicy Soft Tofu) Sesuai Dengan ‘Tekak Melayu’

Cara Buat Soondubu Jigae (Korean Spicy Soft Tofu) Sesuai Dengan ‘Tekak Melayu’

Kategori:
Korean Spicy Soft Tofu

Siapa yang menggemari makanan korea pasti akan tahu menu popular di Korea ini, Soondubu Jigae atau Korean Spicy Soft Tofu. Siapa yang pernah ke restoran makanan Korea pasti pernah merasainya. Memang sangat nikmat bila dapat hirup kuah panas-panas.

Rupanya tak susah mana jika anda nak cuba buat sendiri di rumah. Lagi puas hati bila buat sendiri sebab boleh letak lauk banyak-banyak dan boleh buat ikut citarasa tekak masing-masing.

Tak perlu ke restoran Korea dah selepas ini semata-mata untuk makan Soondubu Jigae. Jom lihat resipi perkongsian di bawah.

Resipi Soondubu Jigae (Korean Spicy Soft Tofu)

Bahan-bahan:

  • Bawang holland – potong halus
  • Bawang putih – cincang halus
  • 3 sudu besar chili oil
  • Chicken stock
  • Chili flakes
  • Garam
  • Msg
  • Cendawan enoki
  • Kubis – potong kecil
  • Daun bawang – cincang halus
  • Tofu
  • Telur

Cara-cara:

  1. Dalam periuk, masukkan chili oil. Kemudian masukkan bawang holland dan bawang putih. Kacau sebati.
  2. Masukkan chicken stock secukupnya.
  3. Seterusnya masukkan chili flake, perasakan dengan garam dan msg.
  4. Masukkan cendawan enoki, kubis dan daun bawang. Gaul sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tofu dan telur. Tutup periuk, biarkan semua bahan menggelelak dan sebati.
  6. Lihat video memasak di pautan ini.
  7. Selamat mencuba!

Kredit: @Ashsukamakan

tags: