Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » ‘First Time’ Buat Anak Puji Sedap, Ibu Ini Kongsi Resipi Creamy Crab Croquette ‘Viral’!

‘First Time’ Buat Anak Puji Sedap, Ibu Ini Kongsi Resipi Creamy Crab Croquette ‘Viral’!

Kategori:
Creamy Crab Croquette

Pada musim PKP ini, pelbagai resipi enak yang muncul di halaman utama Facebook anda kan? Salah satunya adalah resipi Creamy Crab Croquette yang telah tular di laman sosial.

Resipi Creamy Crab Croquette ini adalah hasil perkongsian oleh Khyra Amanda. Cara membuatnya sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan.

Sesuai dijadikan kudapan makan petang atau sarapan pagi untuk anak-anak. Jom lihat resipi lengkapnya di bawah. Nampak menyelerakan sungguh! Selamat mencuba.

Cara Buat Creamy Crab Croquette ‘Viral’

Mula-mula, rebuskan isi ketam sekejap. Masukkan dalam mangkuk, letak bawang merah yang dipotong dadu dan hirisan daun bawang. Ketepikan seketika.

Cairkan separuh butter sampai cair.

Masukkan tepung gandum dalam 3 hingga 4 sudu. Kacau sehingga pekat.

Masukkan pula sedikit susu full cream. Kacau sehingga pekat.

Masukkan isi ketam tadi dan gaul rata.

Untuk bahan terakhir, sediakan telur dan serbuk roti.

Bentukkan isi ketam biar bulat macam ni. Kemudian celupkan dalam telur dan celupkan pula dalam serbuk roti. Ulang sebanyak 2 kali celupan supaya bebola lebih padat dan tidak pecah.

Sejukkan dalam peti bahagian atas dalam 1 hingga 2 jam.

Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Kemudian baru gorengkan bebola tadi sehingga garing dan berwarna keemasan. Angkat dan hidangkan.

Sedia untuk dihidang!

Kredit: Khyra Amanda

tags: