Ramai yang terkesan disebabkan oleh wabak Covid-19 yang melanda negara yang telah menyebabkan ramai orang telah hilang sumber pendapatan untuk memberi makan kepada keluarga mereka.
Bayangkan jika anda mengalami saat sukar tiada wang untuk makan, pasti anda akan rasa sangat bersyukur jika diberi bantuan bukan?
Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila ada hamba Allah yang tidak bersyukur apabila diberi bantuan apabila kantoi sudah mempunyai jumlah makanan yang mencukupi.
Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fairuz, beliau memaklumkan hasil tinjauan ke rumah sebuah keluarga asnaf ini mendapati keluarga yang terdiri daripada suami, isteri dan dua orang anak ini menyimpan sekitar 11 kampit beras, beberapa pek bihun, tepung dan lampin pakai buang.
Jumlah simpanan dan penerimaan daripada para NGO seolah tidak berpadanan dengan keperluan keluarga empat beranak ini.
Menerusi perkongsian oleh Fairuz itu, para netizen nyata truut terkejut melihat masih ada individu yang sanggup mengambil kesempatan dengan membolot jumlah makanan melebihi keperluan.
Sumber: Fairuz