Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Rahsia Ayam Masak Kurma Yang Pekat Likat, Bahan ‘Ini’ Wajib Letak Kalau Nak Sedap!

Wanita Ini Kongsi Resepi Rahsia Ayam Masak Kurma Yang Pekat Likat, Bahan ‘Ini’ Wajib Letak Kalau Nak Sedap!

Kategori:
resepi ayam masak kurma

Ayam Masak Kurma merupakan antara hidangan yang paling sedap dan agak mudah untuk disediakan. Namun tak ramai yang mampu sediakan yang sedap dan pekat likat. Umi Watie ada berkongsi resepi Ayam Masak Kurma dari abahnya.

Menurutnya kalau abahnya yang sediakan lauk ini pasti akan habis licin. Selain dimakan dengan nasi, ianya juga boleh dicicah dengan roti atau lempeng. Jom kita ikuti perkongsian resepi tersebut.

Resepi Ayam Masak Kurma Yang Mudah & Sedap

Bahan-bahan :

  • Ayam
  • Air
  • Cili hijau
  • Tomato
  • Pes asam jawa
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Santan

Bahan Tumisan : 

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • 4 sekawan
  • 1 1/2 paket Serbuk kurma

Bahan Kisar ( bahan rahsia ) : 

  • Daun bawang
  • Daun ketumbar
  • Kacang badam

Cara Penyediaan :

  1. Tumis bahan tumisan sehingga wangi dan garing. Kemudian masukkan serbuk kurma. 
  2. Apabila bahan tumisan dan naik minyak, masukkan bahan kisar (bahan rahsia).
  3. Gaulkan rata, biar bahan tadi pecah minyak sekali lagi. Bubuh ayam ½ ekor.
  4. Kacau-kacaukan. Biarkan ayam sekejap biar kering air ayam tadi barulah masukkan air. Kakchik bubuh 2 cawan air lebih kurang.
  5. Masukkan pes asam jawa. Kita nak kuah kita masam masam manja saja.
  6. Masukkan kentang dan lobak merah. 
  7. Bila ayam, kentang dan lobak dah empuk masukkan Santan. 
  8. Masukkan cili hijau, bawang potong dan tomato.
  9. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing ya.
  10. Siap untuk dihidangkan. 

Mudah sahaja kan nak buat Ayam Masak Kurma ini. Kalau makan nasi putih panas-panas ni memang sedap sangat. Tapi yang penting jangan lupa ‘bahan’ tu ya! Jadi tunggu apa lagi tu, jom la kita cuba sekarang.

Selamat mencuba!

Kredit : Umi Watie Via MAHN

Baca juga : Tak Sampai Sehari Hampir 2K Perkongsian, Ini Dia Resepi Ayam Masak Madu Yang Super Mudah Dan Sedap!

tags: | |