Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Tomyam Ayam Tanpa Pes, Tapi Rasa Dia ‘Power’, Berganda Lebih Sedap!

Wanita Ini Kongsi Resepi Tomyam Ayam Tanpa Pes, Tapi Rasa Dia ‘Power’, Berganda Lebih Sedap!

Kategori:
tomyam ayam tanpa pes

Tomyam Ayam memang antara masakan yang berasal dari Thailand. Namun begitu Tomyam Ayam ini sudah menjadi lauk kegemaran hampir semua rakyat Malaysia. Pelbagai jenis tomyam yang kita boleh buat antaranya adalah Tomyam Ayam Pekat, Ayam Goreng Tomyam dan Tomyam Ala Thai.

Namun pasti ada dimana ketika anda nak masak tomyam namun kehabisan pes kan? Tidak mengapa, anda masih boleh mencuba resepi yang dikongsikan oleh Noorzairahasra Ab Ghani ini. Rasa dia power je walau tak guna pes!

Cara Buat Tomyam Ayam Tanpa Guna Pes

Bahan-bahan :

  • Isi ayam secukupnya | potong kecil
  • 2- 3 ulas bawang putih | tumbuk kasar
  • 4 batang serai | ketuk
  • 2-3 hiris lengkuas
  • 2-3 helai daun limau purut
  • 3-4 sudu makan sos cili ( beli di sini )
  • Sedikit kubis | hiris
  • 1 batang saderi
  • 1 biji bawang holland
  • 1 biji tomato | potong 4
  • Cendawan secukupnya
  • Beberapa biji cili padi
  • 2 – 3 biji limau nipis
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 2-3 tangkai daun ketumbar | hiris kasar
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan air, bawang putih, serai, lengkuas dan daun limau purut ke dalam kuali (beli di sini). Masak sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan isi ayam dan biarkan hingga empuk.
  3. Seterusnya tambahkan sos cili dan kacau hingga sebati.
  4. Apabila kuah menggelegak, masukkan kubis, saderi dan bawang holland. Anda juga boleh pelbagaikan sayur ikut citarasa.
  5. Setelah kubis lembut, masukkan cendawan, tomato dan cili padi. Masak seketika.
  6. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula dan juga jus limau nipis dengan secukupnya. Jika kurang suka rasa masam, boleh kurangkan jumlah jus limau.
  7. Tambahkan hirisan daun ketumbar dan bolehlah diangkat.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak menyediakan Tomyam Ayam tanpa pes ini? Jadi tunggu apa lagi jom kita buat sekarang. Sebenarnya tanpa menggunakan pes, ianya lebih berkhasiat tau!

Selamat mencuba!

Kredit : Noorzairahasra Ab Ghani

Baca juga : Ini Dia Pilihan Paste Tomyam Yang Paling Sedap, Bekas Memang Sama Tetapi Lain Jenama

tags: |