Pada ketika ini pasti ramai yang merindui minuman di Kedai Mamak. Sama ada Teh Tarik atau pun Kopi Ais dan juga lain-lain minuman. Teh Ais, Milo Ais, Kopi Ais dan juga Nescafe Ais merupakan senarai minuman yang paling diminati oleh kebanyakan orang.
Sekiranya anda sangat-sangat rindu untuk menikmati air di Kedai Mamak, apa kata anda buat sendiri di rumah dengan menggunakan resepi atau cara yang dikongsikan oleh Miz Juejue ini.
Cara Bancuh Nescafe Ais, Milo Ais, Teh Ais & Kopi Ais Yang Kaw!
Resepi Nescafe Ais Kaw
Bahan-bahan :
- 3 sk Nescafe
- Susu pekat manis | ikut tekak masing-masing
- 1/2 gelas air
- Ais
Cara Penyediaan :
- Campurkan kesemua bahan dan kacau lama-lama.
- Masukkan ais dalam plastik dan tuangkan air bancuhan nescafe tadi.
- Siap
Nota : Nak letak susu cair boleh, tak nak pun tak apa.
Resepi Milo Ais Kaw
Bahan-bahan :
- 3 sb Milo
- Susu pekat manis | ikut tekak masing-masing
- 1/2 gelas air
- Ais
Cara Penyediaan :
- Campurkan kesemua bahan dan kacau lama-lama.
- Masukkan ais dalam plastik dan tuangkan air bancuhan nescafe tadi.
- Siap
Nota :
- Boleh juga letak susu cair atau Fresh Milk. Nanti ada rasa ala-ala air kotak.
- Kalau nak buat Air Neslo hanya tambah 2 sudu kecil Nescafe. Milo kurangkan jadi 3 sudu.
Resepi Kopi Ais Kaw
Bahan-bahan :
- 2 atau 3 sudu serbuk kopi
- Susu pekat manis | ikut tekak masing-masing
- Ais
- 1/2 gelas air
Cara Penyediaan :
- Rendam kopi biar sampai nampak pekat.
- Tapis air kopi dan masukkan susu. Kalau terlampau pekat, boleh tambah air suam.
- Masukkana ais dalam plastik dan tuangkan air kopi.
- Siap
Nota : Boleh tambah susu cair kalau suka
Resepi Teh Ais Kaw
Bahan-bahan :
- 3 cawan air
- 3 atau 4 sudu serbuk teh
- Susu pekat manis
- 3/4 sudu susu cair
- Sedikit garam
Cara Penyediaan :
- Rebus air dalam periuk sehingga mendidih.
- Masukkan serbuk teh dan biarkan menggelegak seminit dua. Kemudian tutup api dan tapis teh.
- Selepas itu masukkan susu pekat, susu cair dan garam secukupnya.
- Garam untuk lemakkan lagi teh ais.
- Masukkan ais dan siap!
Tak terliur ke tengok resepi dan gambar Nescafe Ais, Kopi Ais, Teh Ais dan Milo Ais tu? Tak kan lah nak tengok sahaja kan, jom lah kita cuba buat sekarang. Agak-agak boleh lawan Kedai Mamak tak. Hehe!
Kredit : Miz Juejue
Baca juga : Bekas Pekerja Starbucks Kongsi Cara Bancuh Air Nescafe Yang Betul-Betul Kaw! Sedap Dia Lain Macam, Bikin Ketagih