Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Cuci Perut Lembu Jadi Putih Bersih, Tak Payah Guna Kapur. Guna Bahan ‘Ini’ Je!

Cara Cuci Perut Lembu Jadi Putih Bersih, Tak Payah Guna Kapur. Guna Bahan ‘Ini’ Je!

Kategori: ,
cara cuci perut lembu

Perut lembu merupakan organ dalaman yang sangat enak dimakan. Ianya boleh dibuat kerabu atau pun air asam. Namun kalau perut lembu yang segar nak mencucinya agak rumit. Perlu tahu cara yang betul, barulah jadi putih bersih yang macam kain tuala.

Orang-orang dulu atau orang lama selalu bagi tips cuci perut lembu dengan kapur kan? Tapi agak memenatkan juga sebab kena tunggu lama dan kena kikis lagi. Tangan pun cepat pedih kan apabila menggunakan kapur ini.

Mungkin anda boleh cuba mencuci perut lembu tu dengan cuka makan pula. Tak payah nak mengikisnya berjam-jam. Hanya rendam seketika je. Rasanya pun akan menjadi lebih sedap apabila menggunakan cuka ini.

Cara membersihkan perut lembu

  1. Basuh terlebih dahulu perut lembu dengan air biasa.
  2. Kemudian rendam perut lembu dalam cuka lebih kurang 1-2 jam. Lebih pun tak apa. Rendam dalam cuka sahaja ye. Jangan dicampurkan dengan air.
  3. Setelah 2 jam, basuh atau gosok-gosok perut tersebut sehingga putih bersih.
  4. Siap. Bolehlah masak sekarang!
@ismi.shahirahJom tengok cara2 basuh perut lembu hitam berkulat 😩 ##fyp ##fypviral ##fypシ ##fypppppppppppppp♬ original sound – ismi.shahirah

Kredit : TikTok Ismi Shahirah

Baca juga : ‘Perut Lembu Air Asam’, Nampak Macam Biasa Tapi Rasanya Luar Biasa. Sedap Sungguh! Ini Resepinya

tags: |