Pastinya ramai di antara kita yang pernah mengalami situasi di mana bersusah payah keluarkan sisa sos dari dasar botol. Goncang berkali-kali, susah juga nak keluar. Kalau terbalikkan lama pula tunggu. Betul tak? Nak buang terasa sayang sebab sisa sos tu boleh dikatakan masih lagi banyak.
Berkenaan dengan sisa sos ini. Ada seorang lelaki yang dikenali dengan nama Kimuuseken di aplikasi TikTok berkongsi cara mudah untuk mengeluarkan sos berkenaan. Dia hanya menggunakan satu bahan sahaja untuk mengalihkan sisa sos dari dasar botol ke sudut lubang botol.
Cara yang dikongsikan oleh lelaki berkenaan adalah tersangat mudah. Hanya masukkan botol ke dalam plastik dan pusingkan berkali-kali. Kemudian lihatlah hasilnya, memang menakjubkan. Untuk lebih lanjut, anda boleh lihat video di bawah ini.
https://www.tiktok.com/@kimuuseken/video/6986732938629057819?sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0
@kimuusekensebwah lifehack jam 3 pagi♬ original sound – Its Kimuu💤
Mudah sahaja kan cara nak keluarkan sisa sos tu? Boleh ikut je cara yang dikongsikan oleh lelaki ini. Senang dan tak membazir!
Sumber: TikTok Kimuuseken
Baca juga: Resepi Sos Thai, Rasa Pedas Manis Masam Secukupnya. Memang Lengkap! Sebijik Macam Dekat Padang Besar