Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Lembutkan Daging Dengan Menggunakan Buahan Ini, Sangat Mudah & Pastinya Lebih Selamat!

Lembutkan Daging Dengan Menggunakan Buahan Ini, Sangat Mudah & Pastinya Lebih Selamat!

Kategori: ,
cara lembutkan daging dengan mudah

Seperti yang diketahui umum, daging merupakan antara lauk yang agak liat dan mengambil masa yang lama untuk lembut dan empuk. Selain menggunakan masa yang lama dan menghabiskan gas, ada cara lain yang anda boleh guna seperti memasukkan ais ketika memasak daging atau menggunakan soda bikarbonat.

Selain itu anda juga boleh menggunakan cara yang dikongsikan oleh Liyaw Ah Seng ini. Beliau hanya menggunakan buah nanas untuk lembutkan daging. Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah.

Cara lembutkan daging dengan mudah

Ini cara saya lembutkan daging.

Dekat pasaran ada jual “meat tenderiser”. Boleh pakai tapi kalau setiap kali masak, nipis usus pula.

Saya guna nanas untuk lembutkan daging.

Cara dia, buang kulit dan mata nanas tu. Kemudian kisar sekali dengan batang dia. Dan gaul dengan daging. Apa-apa daging boleh.

Saya akan marinate dalam 2-3 jam. Kalau yang suka mengunyah kurangkan lagi masa marinate dia. Tapi jangan lebih dari 24 jam sebab saya pernah sekali marinate lepas tu takda masa nak masak. Daging dan boleh buat serunding. 

Lepas marinate terus masak. Kalau nak cuci pun boleh. Tapi saya terus masak jadi adalah rasa manis-manis buah. 

Kalau nak berbbq teriyaki style. Saya marinate dengan bawang merah, bawang putih, halia, daun bawang, nanas dan honey. Kalau nak korean style add on serbuk cili. 

Nak marinate natural way boleh guna nanas, oren yang manis. Sebab kandungan dalam buah yang buat daging jadi lembut. Kalau dekat negara mat salleh mereka pakai kiwi. Tapi kiwi harga kayangan. Jadi kita guna buah-buahan tempatan je la. 

Ni cara saya. Bila nak marinate daging, kurangkan banyak masa memasak di dapur. 

Cuba try test. Buah nanas tak payah pakai 1 biji, cukup suku atau separuh ya. Yang lebih tu boleh makan. 

Jadi sudah tiada masalah lagi kan untuk kita semua lembutkan daging dengan mudah. Hanya menggunakan buahan atau bahan semulajadi sahaja. Lebih selamat dan khasiatnya juga turut terjamin.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Liyaw Ah Seng 

Baca juga: Ini Cara Lembutkan Daging Frozen, 5 Minit Je Dah Lembut!

tags: | |