Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Cheesekut Tiramisu Tanpa Nescafe Yang Viral, Sungguh Berlemak & Berkrim. Puas Hati Makan!

Resepi Cheesekut Tiramisu Tanpa Nescafe Yang Viral, Sungguh Berlemak & Berkrim. Puas Hati Makan!

Kategori:
cheesekut tiramisu

Biskut merupakan kudap-kudap yang enak dimakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Selain dicicah dengan air teh atau dimakan begitu saja, biskut seperti biskut marie ini juga sangat sesuai untuk dibuat Cheesekut.

Antara Cheesekut yang viral hingga ke hari ini adalah Cheesekut Tiramisu ini. Apa yang menariknya tentang Cheesekut Tiramisu ini adalah ia tidak menggunakan Nescafe. Namun hanya menggunakan biskut Marie berperisa Coffee.

Pastinya anda tidak sabar kan nak merasainya, jadi jom kita ikuti perkongsian Nuhaz Kitchen ini sekarang.

Cara Buat Cheesekut Tiramisu Tanpa Menggunakan Nescafe

Bahan-bahan:

  • 250 gm cream cheese tatura
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan susu segar
  • Serbuk koko
  • Biskut marie perasa coffee – beli di sini
  • Susu segar untuk celup biskut

Cara Penyediaan:

  1. Satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Blend sehingga sebati.
  2. Celup biskut dalam susu segar (2-3 saat terus angkat)
  3. Kemudian lapiskan dengan cheese.
  4. Setiap lapisan cheese tabur serbuk koko.
  5. Simpan dalam peti ais selama 1 atau 2 jam.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Nota: Bekas lapikkan plastik dulu kalau nak potong dekat luar.

Tengok gambar sahaja pun, dah tahu Cheesekut Tiramisu sedap. Terliur lah pula. Jadi kalau anda pun turut terliur jom kita buat sekarang. Dah siap letak dalam peti ais sekejap kemudian terus makan. Nikmatnya!

Kredit: Nuhaz Kitchen

Baca juga: Resipi Cheesekut Tanpa Bakar & Tanpa Gelatin, Sejukkan Semalaman Dah Boleh Makan!

tags: | |