Chicken chop merupakan makanan Western yang digemari ramai rakyat Malaysia. Nak beli dekat kedai pun agak mahal. Apa kata kita cuba masak sendiri dengan menggunakan bahan yang sudah ada dalam peti ais? Jimat pun jimat. Sedap pun sama macam dengan yang dijual dekat kedai.
Tak sabar nak tahu cara untuk menyediakannya? Jom kita cuba perkongsian resepi Chicken Chop Oriental yang mudah dan pantas dari Tok Mama Kitchen. Sedap pun sedap, tak perlu bahan bahan yang susah untuk dicari.
RESEPI CHICKEN CHOP ORIENTAL YANG MUDAH
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan Bahan Ayam:
- Peha ayam tanpa tulang
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
- 1 sudu besar sos tiram – beli di sini
- 1 sudu besar sos kicap cair
- Sedikit minyak bijan
- 1 sudu kecil garam
- 2 biji telur
- Tepung berempah mylesung
Bahan-bahan Kuah:
- 1/2 labu bawang holland
- 1/4 biji tomato
- 4 sudu besar sos tomato
- 1 sudu kecil sos HIP
- 1 1/2 sudu kecil kicap manis
- 1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk kasar
- 2 sudu besar sos cili
- 2 cawan air
- 2 sudu besar tepung jagung
- Kacang peas
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Perap ayam dengan bawang putih, lada hitam, kicap cair, sos tiram dan sedikit minyak bijan.
- Panaskan kuali dan masukkan bawang Holland tadi, kacau-kacau sehingga layu sedikit.
- Masukkan sos tomato, sos cili, kacang peas dan lada hitam yang ditumbuk tadi.
- Masukkan air suam dan perasakan, juga masukkan kicap manis kicap manis dan kemudian masukkan tepung yang dilarutkan dengan sedikit air. Tunggu sehingga pekat, sos dah siap.
- Ayam yang diperap tadi lumurkan dengan tepung dan celup ke dalam telur dan goreng deep fried.
- Hidangkan ayam bersama yang telah disediakan.
Sangat mudahkan? Dah tak perlu keluar ke kedai untuk menikmati Chicken Chop Oriental. Kalau rasa rindu dengan Chicken Chop Oriental, dah boleh buat sendiri. Boleh masak sendiri saja dekat rumah. Selamat mencuba dan jangan lupa share pada kawan-kawan.
Kredit: Tok Mama Kitchen
Baca Juga: Cara Buat Chicken Chop & Sos Blackpepper Homemade, Resepi Ini Memang Terbaik!