Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Khas Untuk Pencinta Oreo, Oreo Membuka Cafe Pertamanya Yang Dikenali Sebagai Oreo Cafe!

Khas Untuk Pencinta Oreo, Oreo Membuka Cafe Pertamanya Yang Dikenali Sebagai Oreo Cafe!

Kategori:
OREO CAFE

Oreo merupakan biskut yang sangat terkenal dan digemari ramai. Bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia. Untuk anda yang sudah lama menantikannya, Oreo sudah membuka cafe pertamanya iaitu Oreo Cafe!

Tak kira di mana-mana usia, biskut Oreo sangat sudah digemari, lebih-lebih lagi di kalangan kanak-kanak. Sangat disarankan untuk menikmati biskut Oreo bersama secawan susu. Cuma perlu ‘putar’, ‘celup’, dan ‘makan’.

Oreo Cafe Pertama

Untuk pengetahuan semua, sekian lama dinantikan, Oreo akhirnya membuka cafe pertamanya yang dinamakan sebagai Oreo Cafe di East Rutherfod, New Jersey, Amerika Syarikat.
Penggemar Oreo wajib mengunjunginya nanti kerana Cafe tersebut merupakan syurga Oreo. Bukan saja pilihan pencuci mulut klasik yang diinsipirasikan oleh biskut Oreo, anda juga boleh dapatkan pelbagai barangan Oreo seperti bantal, selipar, dan juga t-shirt.

Apabila di sana, peminat Oreo wajib memesan item rahsia di menu Oreo Cafe yang tiada di menu. Sangat di sarankan anda mencuba juga Oreo Donut S’Morewich dan Oreo Cookies & Cream Cheesecake apabila mengunjungi Oreo Cafe.

Tak cukup dengan itu, anda juga boleh customize pencuci mulut anda sendiri dengan pelbagai pilihan dari menu mengikut citarasa dan kreativiti anda.

Cafe tersebut terletak di East Rutherford, New Jersey, di tingkat ketiga IT’SUGAR American Dream Store. Untuk kita yang masih lagi belum dapat mengunjungi ke sana, anda boleh membeli barangan Oreo secara talian saja di OREO.com!

Kredit: Natalie Vitelli

Baca Juga: Patutlah Resipi Puding Oreo Ini Mendapat ’63K Share’, Semudah ABC Je Nak Buat!

tags: