Budu merupakan antara makanan tradisional dari negeri Kelantan yang cukup terkenal sejak zaman dahulu lagi. Ianya dihasilkan dari ikan bilis. Kalau nak tahu, terdapat banyak khasiat budu.
Pastinya setiap rumah di negeri Kelantan wajib mempunyai sebotol budu di dapur. Budu sangat sesuai untuk dinikmati dengan sepinggan nasi bersama dengan hirisan bawang merah, cili dan sedikit jus limau. Sangat membangkitkan selera.
Memang banyak khasiat budu yang mungkin semua tidak tahu. Ini kerana ianya kaya dengan protein dan megandungi serat yang baik.
Banyak sangat khasiat budu ini, kan? Bukan saja sedap tapi budu ini sebenarnya sangat elok untuk kesihatan kita kerana ianya mengandungi pelbagai nutrien yang lengkap untuk tubuh badan.
Namun harus diingatkan oleh kerana kandungan asid urik yang tinggi, ianya sangat tidak sesuai bagi penghidap penyakit gout, jerawat batu atau mereka yang mengalami keguguran rambut kronik.
Sekarang anda tak perlu ke Kelantan untuk mendapatkan sebotol budu. Boleh dapatkan di sini dan jangan lupa untuk kongsikan pada kawan-kawan khasiat budu ini.
Kredit: Jiwa Kelantan
Baca Juga: Resepi Budu Goreng, Sedap Sangat. Orang Kelantan Selalu Buat Ni