Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Jangan Cancel Order. Kesian Kita Yang Mencari Makan.” Keluhan Rider Ini Buat Hati Tersentuh.

“Jangan Cancel Order. Kesian Kita Yang Mencari Makan.” Keluhan Rider Ini Buat Hati Tersentuh.

Kategori:
KELUHAN RIDER

Wabak Covid-19 yang menular di Malaysia memberi impak yang dahsyat pada ekonomi. Golongan pengusaha makanan dan restoran antara yang terkesan. Kalau dulu ramai boleh ke restoran untuk dine in, sekarang mereka bergantung kepada penghantaran oleh rider dan take-away untuk meneruskan perniagaan.

Penghantaran makanan memerlukan khidmat rider untuk membuat penghantaran kepada pelanggan. Namun begitu, banyak dugaan dan cabaran juga yang dihadapi oleh pihak rider untuk mencari sumber rezeki.

Di Instagram, seorang rider dengan pilunya memohon kepada pelanggan untuk tidak membatalkan pesanan pada saat-saat akhir.

Jangan Cancel Order, Kesian Kita Yang Nak Cari Makan

Keluhan seorang rider di Instagram membuat hati tersentuh. Video yang dimuat turun di Instagram tersebut memaparkan rider tersebut memohon dengan ikhlas kepada pelanggan untuk elakkan membatalkan pesanan di saat akhir.

Caption di video tersebut menjelaskan bahawa walaupun pihak mereka cuba sedaya upaya untuk membuat penghantaran tepat pada waktu yang dijanjikan, namun ada juga faktor-faktor yang menyebabkan pesanan tiba lewat sedikit dari waktu yang dijanjikan.

Dia menjelaskan bahawa dia telah mencuba sedaya upaya untuk mencari lokasi penghantaran. Namun atas masalah teknikal, lokasi yang diberi agak kurang tepat yang menyebabkan beberapa kesulitan. Akhir sekali, pelanggan tersebut membatalkan pesanan kerana penghantaran lambat sedikit.

Dia juga memohon agar pelanggan turut bersimpati kepadanya yang turut berusaha untuk mencari sumber kehidupan.Kita yang dengar pun turut bersimpati dengannya. Soal ketepatan waktu pun penting, namun kita juga perlu memahami situasi rider juga yang datang dari jauh, penat lelah mencari lokasi untuk menghantar makanan. Lebih-lebih lagi kalau dari jauh, kesiankan lah mereka.

Sebagai pelanggan, kita juga kena mempunyai kesabaran juga. Jangan melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab. Kita sama-sama bantu orang untuk mencari rezeki juga.

Semoga kita mendapat kesedaran dari apa yang berlaku.

Kredit: bambam_hq

Baca Juga: Jauh Tersasar Dari Yang Asli, Jamie Oliver Sekali Lagi “Mengecewakan” Uncle Roger! Gelak Panjang Bila Tonton Videonya!

tags: |