Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ingat Jenama Luar Negara! Rupanya 5 Jenama Ini Dari Malaysia! Bangganya!

Ingat Jenama Luar Negara! Rupanya 5 Jenama Ini Dari Malaysia! Bangganya!

Kategori: ,
jenama malaysia

Nak melakar sesuatu jenama sehingga dikenali ramai itu tidak mudah. Tapi, kalau anda nak tahu terdapat beberapa jenama Malaysia yang sangat terkenal, sehingga ramai tak menyangka bahawa ianya dari Malaysia. Boleh juga dapati di luar negara.

Jom ketahui jenama Malaysia yang terkenal ini!

5 Jenama Malaysia Yang Kebanyakan Orang Sangka Jenama Luar Negara

1. Life

jenama malaysia life

Siapa saja tak kenal dengan sos cili Life yang selalu ada di KFC ni, kan? Untuk pengetahuan anda, ianya merupakan jenama tempatan yang ditubuhkan pada 1978 dan mengeluarkan lebih 26 juta botol sos setahun!

Bukan saja di Malaysia, sos ini dieksport ke Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, New Zealand, Jepun, Hong Kong, Mauritius, Maldives, dan banyak lagi.

2. Munchy’s

jenama malaysia

Munchy mula ditubuhkan pada tahun 1991 di Batu Pahat, Johor. Selain Malaysia, Munchy’s juga dieksport ke lebih 60 negara di seluruh dunia seperti Hong Kong, Taiwan, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat, dan lain-lain.

3. Old Town

jenama malaysia

Di inspirasikan oleh kopi putih Ipoh, Old Town merupakan kopitiam halal terbesar di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1999 di Ipoh, Perak.

Old Town juga mempunyai cawangan di beberapa buah negara seperti Filipina, Taiwan, Hong Kong, United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, dan banyak lagi.

Namun begitu, pada tahun 2017, Old Town telah diambil alih oleh Jacobs Douwe Egberts, syarikat dari Belanda.

4. Beryl’s

jenama malaysia

Satu jenama coklat yang sangat terkenal di kalangan pencinta coklat. Kilangnya yang pertama beroperasi pada tahun 1995 di Desa Serdang, Selangor.

Namun, pada tahun 1998, Beryl’s memindahkan lokasi kilangnya ke Seri Kembangan, Selangor. Anda boleh ke sana untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses pembuatan coklat. Terdapat juga pelbagai pencuci mulut Beryl’s yang anda boleh dapati.

5. Secret Recipe

jenama malaysia

Cawangan pertama Secret Recipe dibuka di Petaling Jaya pada tahun 1997. Sekarang ia mempunyai lebih 380 cawangan.

Untuk pengetahuan anda, hasil jualan Secret Recipe sekarang sudah mencecah 800 Juta Ringgit.

Selain di Malaysia, Secret Recipe juga boleh didapati di Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, Maldives, dan Bangladesh.

Tak sangka semua jenama yang tersenarai adalah dari Malaysia, kan? Rasa bangga pun ada!

Jangan lupa untuk share pada kawan-kawan anda.

Kredit: Fezza Hussin

Baca Juga: Ini Dia Pilihan Paste Tomyam Yang Paling Sedap, Bekas Memang Sama Tetapi Lain Jenama

tags: