Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Bukan Saja Cantik, Tapi Teh Bunga Ada Kebaikannya! Jom Kenal Jenis Teh Bunga Dan Khasiatnya!

Bukan Saja Cantik, Tapi Teh Bunga Ada Kebaikannya! Jom Kenal Jenis Teh Bunga Dan Khasiatnya!

Kategori: ,
teh bunga

Jika anda seorang peminat teh, mesti pernah terdengar teh bunga yang makin mendapat populariti sejak akhir-akhir ini.

Bukan saja cantik untuk dipandang, namun terdapat pelbagai khasiat teh bunga yang boleh kita dapati bila menikmati secawan teh bunga setiap hari. Sedap pun sedap tau!

Setiap jenis mempunyai kebaikannya tersendiri jadi tak hairan lah kenapa teh bunga makin mendapat sambutan. Jom kenali jenis teh bunga dan khasiatnya

Jenis Teh Bunga Dan Khasiatnya

  • Bunga Chrysanthemum

Antara teh bunga yang terkenal, boleh didapati di mana pasar malam juga. Teh ini mempunyai rasa yang halus, manis dan menyegarkan.

teh bunga crysanthemum

Khasiat Teh Chrysanthemum

  1. Aroma dan rasa teh chrysanthemum menenangkan minda dan badan anda
  2. Bantu melegakan simptom batuk dan demam
  3. Menstabilkan tekanan darah yang tinggi
  • Bunga Melur

Teh ini berwarna coklat atau kekuningan. Ianya mempunyai rasa yang sedikit manis dan menenangkan.

teh bunga melur

Khasiat Teh Melur

  1. Melegakan masalah pencernaan
  2. Kandungan antioksida yang tinggi bantu untuk menurunkan paras kolestol, melegakan inflamasi pada urat dan ateri, menghapuskan bakteria dan meningkatkan sistem imunisasi.
  3. Mengurangkan stress dan risiko penyakit diabetes.
  • Bunga Telang

Teh ini kelihatan sangat menarik kerana warna kebiruaannya. Jika ditambah sedikit perahan jus lemon, ianya akan bertukar menjadi warna ungu. Selain itu, ia juga mempunyai rasa yang sangat halus.

teh bunga telang

Kebaikan Teh Bunga Telang

  1. Membantu kesihatan jantung
  2. Tinggi dengan vitamin dan mineral, teh ini dapat membantu kesihatan kulit dan anda tampil awet muda. Kandungan anthocyanin bantu menguatkan rambut.
  3. Bantu menyegarkan minda dan meningkatkan fungsi aktiviti otak.
  4. Membantu mengatasi anxiety dan depresi
  5. Kandungan antioksida dapat mengurangkan kerosakan pada sel tubuh badan, mengelakkan risiko penyakit kanser.
  • Bunga Lavenda

Bunga Lavenda merupakan bunga yang terkenal untuk membantu melegakan dan menenangkan tubuh badan minda. Ianya sangat terkenal digunakan di dalam produk pewangi, lilin, essential oils, dan lain-lain. Namun, ianya juga bagus untuk diminum.

Teh ini mempunyai rasa yang agak kewangian dan ringan.

teh bunga lavenda

Khasiat Teh Bunga Lavenda

  1. Membantu tidur dengan lebih lena
  2.  Tinggi dengan vitamin C, magnesium, dan kalsium yang bantu untuk menigkatkan sistem imunisasi tubuh badan.
  3. Kerana sifatnya yang anti inflamasi, ianya bantu menjaga kesihatan sistem pencernaan.
  • Bunga Dandelion

Bukan saja bunganya, tapi akar dan daun bunga dandelion juga boleh dijadikan teh. Ianya mempunyai rasa yang manis dan halus. Kalau anda nak tahu, ada juga teh dandelion yang diperbuat daripada akar bunga ini.

teh bunga dandelion

Khasiat Teh Bunga Dandelion

  1. Kandungan vitamin C yang tinggi bantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan melawan penyakit berjangkit dan demam.
  2. Mengandungi serat yang membantu penghadaman.
  3. Mengandungi antioksida seperti beta-carotene yang mencuci tubuh dari toksin dan mengelakkan kerosakkan sel tubuh badan.
  • Bunga Raya

Bunga Raya amat mudah didapati dan ianya sesuai dijadikan teh kerana rasanya yang manis dan masam seakan buah kranberi. Teh ini enak untuk dinikmati samada panas atau sejuk.

teh bunga raya

Khasiat Teh Bunga Raya

  1. Kaya dengan vitamin dan mineral, teh ini bantu untuk meningkatkan sistem imunisasi badah, kesihatan mata dan kulit.
  2. Seperti bunga yang lain, ia dapat membantu melawan kanser kerana ianya mempunyai vitamin yang mengelakkan kerosakkan sel tubuh badan.
  • Bunga Ros

Teh ini mempunyai rasa yang manis dan sedikit kewangian. Warnanya juga sangat menarik! Ada yang berwarna seakan merah jambu, ada juga warna kekuningan seperti teh biasa.

teh bunga ros

Khasiat Teh Bunga Ros

  1. Tinggi dengan kandungan flavonoids yang dapat mengurangkan stress dan inflamasi pada tubuh.
  2. Membantu membaiki sistem penghadaman.
  3. Membantu menurunkan berat badan.
  • Bunga Passion

Pernah lihat tak bunga ini? Bunga Passion ini kurang dikenali oleh warga Malaysia tapi rakyat di negara lain menjadikannya teh untuk dinikmati.

Seperti teh bunga yang lain, rasanya halus dan manis.

teh bunga passion

Khasiat Teh Bunga Passion

  1. Membantu melegakan anxiety
  2. Membantu meningkatkan kualiti tidur
  • Bunga Lili

Teh ini diperbuat daripada bunga Lili yang telah dikeringkan. Ia mempunyai rasa yang manis seperti bunga-bunga yang lain.

teh bunga lili

Khasiat Teh Bunga Lili

  1. Khasiatnya sama seperti kunyit di mana ianya dapat membantu dengan luka dan ruam.
  2. Dapat bantu menjaga kesihatan jantung.
  3. Bantu mengatasi depresi.
  4. Menguatkan sel otak dan sistem penghadaman.

Rupa-rupanya banyak juga khasiat teh bunga ni, kan? Makin sihat kalau amalkannya setiap hari.

Jangan lupa kongsikan pada kawan-kawan anda.

Kredit: interflora

Baca Juga: Tip Buat Teh Ais Pekat Kaw! Nak Manis Berlemak Kena Tambah Sikit Susu ‘Jenis’ Ini

 

tags: |