Limau kasturi sudah digunakan dalam pelbagai masakan di Malaysia sejak zaman dahulu lagi. Tapi tahukah anda limau tersebut dapat membantu dengan masalah kesihatan?
Selain penyedap makanan, orang dulu-dulu mengamalkan limau kasturi kerana ianya sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.
Seorang pengguna di Facebook iaitu Leha Yusuff telah berkongsi petua untuk guna limau tersebut untuk masalah kesihatan. Jom baca!
Campurkan limau kasturi bersama kicap dan garam dan minum campuran tersebut pada setiap pagi dan malam untuk bantu memulihkan batuk.
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair itu ke arah hidung.
Ambil sesudu madu, sangat disarankan madu asli. Kemudia, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau itu tadi.
Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tidak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali
Cara pertama adalah dengan memerah dua biji limau kasturi ke dalam air mandian. Manakala, satu lagi cara adalah dengan menggosok limau yang telah dibelah dua terus pada kawasan yang berbau.
Perahan limau kasturi di campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Seeloknya, teh itu panas suam kerana kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan InshaAllah perut yang buncit akan menjadi kempis semula.
Sebenarnya banyak lagi petua untuk gunakan limau kasturi namun buat sementara, Cik Leha Yusuff cuma kongsikan 5 saja dulu.
Jika anda mengalami masalah yang dinyatakan, boleh lah mencuba limau kasturi untuk merawatkannya. Tak cuba tak tahu, kan?
Selamat mencuba dan jangan lupa share pada kawan-kawan.
Kredit: Leha Yusuff
Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Sambal Belacan Sedap Tak Ingat! Makan Tak Hirau Orang Tepi Dah